top of page

Covid-19: SPRM siasat segera penyelewengan kontrak RM30 juta


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat pada kadar segera dakwaan sebuah syarikat mendapat kontrak daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara tidak layak. Menurut Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir, siasatan wajar disegerakan memandangkan kontrak tersebut berhubung kelengkapan makmal yang menjalankan ujian, termasuk virus Covid 19 yang menjadi pandemik di seluruh negara. "Saya meneliti beberapa laporan akhbar semalam yang menyebut bahawa “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM 30 juta secara tidak layak.” "Menurut sumber yang sama, syarikat itu juga mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Walaupun pihak SPRM tidak menyatakan Kementerian mana terlibat, susulan daripada pendedahan tersebut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba telah mengeluarkan kenyataan bahawa KKM akan memberikan kerjasama terhadap siasatan oleh SPRM. "Oleh itu, kita menuntut agar SPRM dapat menjalankan siasatan dengan telus dan penuh integriti serta tidak melindungi mana-mana individu dan mereka yang berkepentingan," kata Akmal dalam satu kenyataan. Katanya lagi, andanya dakwaan itu benar maka jenayah tersebut suatu pengkhianatan terhadap rakyat Malaysia dalam keadaan negara berdepan krisis Covid-19. Apatah lagi, Kerajaan Perikatan Nasional baharu dua bulan memerintah "Sementara pihak berkuasa menjalankan tugas, sewajarnya Menteri Kesihatan tampil menerangkan natijah daripada perkara ini. Iaitu, adakah kontrak tersebut masih diteruskan? Adakah orang politik atau lantikan politik terlibat? Berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh KKM? Dan apakah kesan penyelewangan terhadap usaha kita menangani jangkitan Covid-19? "Pendedahan ini juga mengejutkan dan menimbulkan kekhuatiran terhadap persiapan kita terutamanya keperluan negara meningkatkan saringan jangkitan (test) manakala barisan hadapan (frontliners) sebelum ini berdepan dengan kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE)," katanya lagi. Akmal juga mahu tindakan tegas tanpa kompromi dilakukan ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan di atas kesengsaraan rakyat mengharungi wabak Covid 19.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page