top of page

Covid 19 membentuk norma baharu politik - William Leong



Pandemik Covid 19 sebaik sahaja menyerang Malaysia pada awal 2020 telah menyaksikan politik negara mengalami penjajaran semula dan berganti kerajaan memerintah.


Gabungan parti-parti berpecah dan bertukar blok. Manakala kerajaan ditadbir oleh pihak yang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 dan pemenang pula menjadi pembangkang.


Bagi Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, penjajaran semula politik itu tidak terhenti dengan tertubuhnya Kerajaan Perikatan Nasional PN, malah parti-parti komponen PN katanya, boleh beralih arah menyokong gabungan lain yang sesuai dengan kehendak rakyat.


Tegas William, politik tidak lagi bertahan kepada ideologi sebelum PRU 14 dalam keadaan kemelesetan ekonomi, sebaliknya ahli politik akan berkorban asalkan rakyat bersetuju dengan penjajaran semula yang dilakukan.


"Dengan adanya wabak ini dan kemelesetan ekonomi, rakyat melihat politik serta ideologi bukanlah yang terpenting. Hakikatnya rakyat kita memang bergantung satu sama lain dan bukan hanya mengikut kaum atau agama.


"Misalnya satu syarikat terdapat berbilang kaum. Syarikat tutup maka semua kaum terjejas. Ini adalah satu perkara yang kita lihat rakyat sedar bahawa akhirnya kita semua adalah rakyat Malaysia. Kita satu masyarakat majmuk, satu ekonomi dan bukan ekonomi yang berlainan yang bekerjasama.


"Kalau rakyat berpaksi atas kesedaran ini, memang ahli politik akan ikut (kehendak rakyat) dan akhirnya saya katakan ini adalah pengajaran daripada wabak (Covid) yang kita boleh kata ada kebaikannya. Covid akan tukar landskap politik kita," kata beliau dalam forum bertajuk 'Apa selepas undian Belanjawan 2021' anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.


Menurut William lagi, politik Malaysia selepas ini akan bergerak dalam norma baharu. Katanya, dalam situasi yang tidak menentu itu, sekiranyanya rakyat menjadi kuasa pendesak maka ahli politik akan memastikan keperluan rakyat diutamakan dalam sebarang perhitungan kekuasaan.


Malaysia mungkin menyaksikan dinamisme politik yang lebih berkompromi sepanjang tempoh krisis sebelum idealisme kembali semula setelah negara pulih daripada pandemik.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page