top of page

Covid-19: KKM akan bincang dengan KPM tetapkan SOP di sekolah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 27, 2023
  • 1 min read


Pelajar mungkin diwajibkan memakai pelitup muka semula bagi mengekang lonjakan kes Covid-19 susulan penularan varian XBB.1.16, atau dikenali sebagai Arcturus.


Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau akan mengadakan pertemuan segera dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk membincangkan dan memuktamadkan perkara itu sebelum sekolah dibuka semula pada 2 Mei.


Langkah itu tegasnya penting bagi memastikan pelajar yang dijangkiti ketika musim perayaan ini tidak menyebabkan Covid-19 kembali menular di sekolah.


"Saya akan bertemu Fadhlina minggu ini juga untuk membincangkan garis panduan mengapa kita perlu mengawal penularan wabak itu di sekolah, terutama selepas adanya varian baru Arcturus.


"SOP berhubung kawalan akan dikeluarkan sebelum pelajar kembali ke sekolah pada 2 Mei ini sebagai langkah berjaga-jaga.


"Ini penting kerana kita bimbang jika ada murid terkena jangkitan selepas bergerak ke sana sini sepanjang cuti raya yang mungkin menyebabkan Covid-19 kembali menular di sekolah," katanya dipetik BH.


Sementara itu menurut Dr Zaliha, ibu bapa tidak perlu berikutan varian Covid yang baharu kerana kebiasaannya mereka yang dijangkiti mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan stabil.


"Bagaimanapun, kami amat menggalakkan semua pihak termasuk pelajar untuk terus memakai pelitup muka bagi mengekang sebarang jangkitan.


"Sekiranya mereka mengalami simptom (Covid-19), mereka harus memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan sosial seperti yang diamalkan sebelum ini dan mendapatkan bantuan perubatan," katanya.


Arcturus ialah subvarian Omicron, varian yang dikatakan sangat mudah berjangkit dan kurang terdedah kepada vaksin.


Sebanyak 12 kes varian Arcturus telah dikesan, dengan enam daripadanya dikesan di Lembah Klang dan bakinya dikesan di Sarawak.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page