Covid-19 hanya alasan untuk tunda sidang Parlimen


Dr Lee Boon Chye menyifatkan penularan kes pandemik Covid-19 hanya dijadikan sebagai alasan untuk menangguhkan sidang Parlimen.


Ahli Parlimen Gopeng itu berkata, perkara itu tidak munasabah kerana Covid-19 juga digunakan sebagai alasan untuk memproklamasikan darurat, namun kes baru setiap hari meningkat dengan cepat dari kurang 3,000 kes pada Januari 2021 menjadi lebih dari 17,000 kes ketika ini.


"Kemudian Covid-19 digunakan lagi untuk menangguhkan persidangan Parlimen selama berbulan-bulan, bermakna langsung tidak ada usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan bangunan Parlimen.


"Sekarang Covid-19 digunakan untuk menunda persidangan Parlimen yang sedang berlangsung pada saat genting ketika Perdana Menteri berada di bawah tekanan yang luar biasa, berdasarkan kenyataan-kenyataan dari Istana Negara di Parlimen," katanya.


Beliau juga berpendapat terdapat banyak lagi alasan mengapa sidang Parlimen tidak wajar untuk ditangguhkan.


"Kompleks Parlimen tidak berada di bawah PKPD. Ia tidak seharusnya berlaku kerana Parlimen bukan kawasan perumahan dan struktur fizikal di Parlimen harus bebas virus dalam 72 jam dengan atau tanpa sanitasi.


"Tidak ada Ahli Parlimen yang hadir mempunyai kontak rapat dan tidak ada yang diberi perintah kuarantin. Mereka tidak berisiko tinggi menular virus. Menteri-menteri terutamanya masih mengadakan pertemuan dan menghadiri program.


"Hampir semua Ahli Parlimen diberi vaksin dan kesemuanya menjalani 2 ujian Covid-19 negatif berturut-turut, iaitu RTK-PCR pada 23/7/2021 dan ujian RTK-Ag Saliva pada 29/7/2021.


"Risiko menyebarkan Covid-19 atau dijangkiti di Parlimen jauh lebih rendah daripada pergi ke Mega Vaccination Centres (PPV). Lebih rendah daripada pergi ke kedai runcit tempatan anda," katanya.


Justeru, beliau menganggap Perdana Menteri boleh memerintahkan Speaker untuk menangguhkan mesyuarat parlimen yang sedang berlangsung tanpa perlu memberikan apa-apa alasan.


"Membenarkan Perdana Menteri menggunakan Covid-19 sekali lagi membawa seluruh kakitangan kesihatan ke tahap yang memalukan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER