top of page

Covid 19: Christina hulur sumbangan kepada barisan hadapan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 30, 2020
  • 1 min read

Oleh: Redzuan Shamsudin

Menghargai sumbangan barisan hadapan menjaga keselamatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew, menyampaikan bantuan makanan berupa KFC serta minuman kepada pasukan polis yang bertugas di sepanjang jalan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu baru-baru ini. "Pasukan polis (amat berjasa) bertugas 24 jam untuk memastikan keadaan terkawal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dalam usaha memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19," katanya. Sehubungan itu, Christina yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mengingatkan semua masyarakat awam agar tidak keluar dari rumah dari jam 6 petang sehingga 7 pagi kecuali mempunyai urusan kecemasan. Beliau merakamkan gambar kenangan bersama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan (tiga kanan) serta pasukan keselamatan lain yang bertugas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page