top of page

Covid 19: Aspek kesihatan tidak dikompromi faktor ekonomi



Di sebalik kebimbangan umum terhadap penularan Covid-19, Kabinet yang bermesyuarat hari ini memutuskan tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong China ke negara ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu untuk tidak mendiskriminasi mana-mana pelawat asing yang datang ke negara ini. Bagaimanapun, menurut Anwar, kerajaan akan memperketat kawalan sedia ada terhadap pelancong asing di pusat imigresen khususnya daripada negara yang berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak. “Kabinet tanpa ragu memutuskan bahawa aspek kesihatan adalah hal yang utama. Soal pelancongan dan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat dari segi wabak dan jangkitan. Tiada tolak ansur. “Namun, ini tidak bermakna kerajaan harus memberi kelonggaran kepada mana-mana negara termasuk China, kita harus pantau seperti mana mengikut keperluan dan kepentingan. “Oleh itu, kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyelamatkan rakyat kita, sesiapa sahaja yang masuk (ke Malaysia) harus dipantau dan dikenakan syarat yang sama,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya. Sebelum ini ada desakan supaya pelancong asing dari China dihalang atau disekat masuk sementara ke negara ini susulan peningkatan kes di negara itu. Menteri Kesihatan, Zaliha Mustafa semalam memaklumkan bahawa sebarang keputusan akan dibuat hanya melalui mesyuarat kabinet dengan melibatkan kementerian terbabit. Setakat ini jelasnya beberapa langkah pemantauan di Pintu Utama Antarabangsa (PMA) telah diketatkan dengan pelancong perlu melalui saringan demam. Langkah survelan di PMA juga diperketatkan dengan pengambilan sampel air kumbahan pesawat dari China. Zaliha turut memaklumkan melalui tinjauan di PMA utama setakat ini beliu berpuas hati dengan langkah yang dilaksanakan berkaitan pencegahan COVID-19.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page