top of page

Chua Wei Kiat diumum sebagai Ketua AMK Selangor yang baharu


Perjumpaan antara Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir bersama Ketua-ketua AMK Cabang negeri Selangor pada malam tadi telah memenuhi tuntutan Perkara 12.4 dalam Peraturan AMK 2014, bagi memilih Ketua AMK Selangor yang baharu.


Sehubungan itu, menurut Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab, daripada 6 nama yang dicalonkan oleh Ketua-ketua AMK, Akmal telah memilih Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri Rawang sebagai Ketua AMK Selangor yang baharu.


"Pertimbangan utama adalah bagi memastikan idealisme KEADILAN terus digilap, mengekalkan kemenangan Pakatan Harapan di Selangor serta meneruskan kesinambungan barisan pelapis AMK untuk memegang tampuk pimpinan sebagai salah satu usaha untuk melahirkan lebih ramai pemimpin anak muda dalam organisasi AMK dan juga KEADILAN secara keseluruhannya.


"Oleh yang demikian, YB Chua Wei Kiat selaku Ketua AMK Selayang dilantik bagi menggalas tanggungjawab sebagai Ketua AMK Selangor yang baharu, berkuatkuasa serta-merta.


"Satu jawatankuasa penuh AMK Negeri akan diumumkan oleh beliau setelah proses perbincangan dibuat bersama Ketua-ketua AMK Cabang di Selangor," kata Syukri dalam kenyataannya hari ini.


Menurut Shukri, 18 Ketua-ketua AMK Cabang yang sah berdasarkan rekod Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda KEADILAN Cabang (MATAMKC) 2020, yang melakukan pertemuan secara maya malam tadi telah meluahkan pandangan serta kritikan mereka.


Dalam pertemuan maya itu juga, katanya, Ketua AMK Malaysia telah memberikan penjelasan mengenai keputusan merombak barisan kepimpinan AMK Selangor serta hala tuju masa hadapan pegerakan itu.


Oleh itu kata Syukri, AMK Malaysia yakin keputusan berkenaan mampu memperkukuh kedudukan AMK di negeri Selangor.


"AMK Malaysia juga menyeru seluruh anggota AMK khususnya di Selangor untuk memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada YB Chua Wei Kiat selaku Ketua AMK Selangor yang baru dalam usaha kita menjuarai isu-isu rakyat dan juga anak muda," katanya.


Jelas Syukri lagi, dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu, Chua Wei Kiat telah menang di DUN Rawang dengan majoriti sebanyak 23,860 undi. Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pasaran dari University of Abertay Dundee, United Kingdom.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page