top of page

Chow Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri P Pinang



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, Chow Kon Yeow mengangkat sumpah pagi tadi sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang buat penggal kedua.


Beliau melafazkan sumpah memegang jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada pukul 9.35 pagi tadi.


Pengerusi PH Pulau Pinang itu sebelum ini telah dijanjikan memegang semula jawatan tersebut sekiranya Pakatan Harapan dan BN berjaya mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri.


Semalam gabungan PH dan BN berjaya memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang


Di DUN Padang kota, Kon Yeow memperoleh 8,261 undi dengan majoriti 7,116 menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) H'ng Khoon Leng yang mendapat 1,145 undi.


Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Batu Kawan, menyandang kerusi DUN Padang Kota sejak 2008 hingga sekarang.


Turut hadir dalam majlis angkat sumpah itu Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang Datuk Mohd Sayuthi Bakar serta barisan pimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) negeri.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page