top of page

Ceramah agama: Pendakwah guna perkataan kesat bukan budaya T'ganu



Oleh: Abdullah Zaid


Pendekatan ceramah agama gaya keras tidak wajar disangkutkan kepada budaya mana mana negeri.


Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob berkata tindakan sesetengah penyokong pembangkang yang bertindak cuba menormalisasikan maki hamun atau kata-kata kesat atas nama budaya Terengganu adalah tidak wajar sama sekali.


Katanya, gaya bahasa penceramah terkenal daripada negeri Terengganu yang mengecam Perdana Menteri sebelum ini sebagai 'sesat dan jahil' berhubung isu kisah ‘Ashabul Kahfi’ bukanlah sebahagian daripada budaya negeri itu.


"Tindakan penyokong pembangkang yang mempertahankan gaya bahasa penceramah berkenaan yang memang terkenal dengan penggunaan bahasa kurang sopan dan kesat di dalam ceramah beliau amat dikesali.


"Hal ini kerana penggunaan perkataan kurang sopan dan kesat adalah sangat bertentangan dengan tatasusila rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.


Bahkan, kata Ahmad Nadhir, bahasa kesat bertentangan dengan adab pekerti orang Terengganu yang lemah lembut dan berhemah dalam tutur kata.


"Perkataan yang selalu digunakan oleh penceramah tersebut tidak sama dengan konteks penggunaan perkataan tersebut di dalam budaya dan adab masyarakat negeri Terengganu sendiri," katanya.


Justeru, KEADILAN Kemaman menyeru supaya segala percubaan ke arah normalisasi tersebut yang dipopularkan pembangkang dihentikan serta merta kerana ia memberi imej buruk kepada negeri Terengganu.


"Tindakan normalisasi ini tidak ada kena mengena dengan sikap orang Terengganu secara keseluruhan.


"Sebaliknya ia adalah daripada sekelompok rakyat Terengganu yang terpengaruh dengan budaya melampau dan dan juga gelombang khawarij yang melanda negeri ini," ujarnya lagi.


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur golongan pendakwah yang terburu-buru membuat kenyataan tanpa menyemak konteks ucapannya mengenai kisah 'Ashabul Kahfi' sewaktu Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 11 Disember lalu.


Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada ucapan penceramah bebas Ustas Azhar Idrus yang mendakwa pemimpin nombor satu negara itu sebagai ‘jahil, keliru dan menyesatkan’.


Tanpa menyebutkan nama, Perdana Menteri mengingatkan penceramah tersebut untuk tidak mengikut sentimen politik selain meneliti dahulu sebelum memberi apa-apa ulasan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page