top of page

Cara Pemikiran Golongan Khawarij Diikuti Presiden Pas?



Oleh: Hj Amidi Datuk Abdul Manan

ULASAN: Tulisan Presiden Pas dalam kolumnya di Harakah yang bertajuk “Cara Golongan Munafiq Menentang Islam Diikuti Israel dan Pakatan Harapan” adalah dirujuk.


Asas kepada tulisan ini adalah sikap yang berbeza antara pemimpin Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh Kerajaan Madani dengan pemimpin Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PN.


Hujah yang diberikan oleh YB Presiden Pas penuh dengan warna-warna pemikiran Khawarij yang mudah menyatakan sekelompok umat Islam yang berbeza dengan mereka sebagai munafik. Maka, selepas ini tidak hairan jika gelaran kafir akan menyusul daripada YB Presiden Pas berdasarkan sikapnya yang pernah ditunjukkan sebelum ini.


Setelah me'munafik'an kerajaan MADANI, dituduh pula kerajaan MADANI sebagai mengikuti jejak langkah musuh Islam iaitu Israel dalam memberikan layanan terhadap HAMAS.


Inilah sifat yang perlu dihindari, jika kita mahukan umat Islam bersatu padu atas semangat ukhuwwah Islamiyyah.


Wang royalti jadi wang ihsan zaman Pas


Persoalan yang dibangkitkan berkaitan tatacara golongan munafik yang mahu melumpuhkan sokongan Ansar kepada Rasulullah s.a.w dengan menyekat bantuan kewangan kepada golongan Ansar, agar mereka melenturkan sokongan kepada Rasulullah s.a.w.


Perkara ini dikaitkan dengan pemberhentian penyaluran wang royalti kepada Kerajaan Kelantan dan Terengganu.


Inilah padah apabila sering tidak hadir ke sidang Dewan Rakyat. YB kaki ponteng ini telah ketinggalan perkembangan dan jawapan yang dibahaskan di Dewan Rakyat.


Hj Amidi Datuk Abdul Manan

Pertukaran wang royalti kepada wang ihsan dibuat ketika 2021, seperti jawapan bertulis yang dikemukakan oleh YB Tengku Zafrul pada 21 September 2021. Ketika itu Pas bersama Presidennya berada dalam Kerajaan Persekutuan. Jumlah wang ihsan yang diterima hanya RM 200 juta berbanding RM400 juta ketika kerajaan PH menerajui kerajaan selama 22 bulan.


Boleh atau tidak kita menyatakan Pas ketika itu mengikuti sunnah Abdullah bin Ubai kerana menyekat atau menukar wang royalti kepada wang ihsan dengan jumlah yang diberikan hanya separuh daripada sebelumnya (royalti).


Peruntukan Parlimen tetap disalurkan


Presiden Pas juga menyamakan kerajaan MADANI hari ini berperangai seperti Israel yang menyekat bantuan kepada pihak Hamas yang menerajui politik Gaza.


Inilah akibatnya apabila ulama yang telah dipilih oleh rakyat tidak hadir ke Dewan Rakyat. Penerangan yang diberikan oleh pihak kerajaan khususnya PM jelas dan mudah difahami.


Yang pertama, tiada mana-mana bahagian parlimen dalam negara ini diabaikan dari sudut peruntukan pembangunan. Semuanya disalurkan menerusi agensi kerajaan yang berkaitan.


Yang kedua, hanya penyaluran menerusi pejabat Ahli Parlimen Pembangkang yang diberhentikan.


Yang ketiga, pemberhentian ini pula bukan bersifat mutlak. Ia masih terbuka kepada rundingan dan persetujuan bersama.


Antara syarat yang diminta oleh PM adalah membersihkan politik negara dari kekotoran fitnah dan kata-kata yang tidak berakhlak.


Kegagalan untuk hadir dengan sengaja tanpa sebab yang syarie ke sidang Dewan Rakyat adalah satu pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat.


Inilah yang terkandung dalam ciri-ciri munafik seperti yang dinyatakan dalam sepotong hadis.


‎آيَةُ المُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Maksudnya: Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati. Riwayat al-Bukhari (33), Muslim (59)


Namun saya tidak tergamak untuk menyamakan Presiden PAS dengan Abdullah bin Ubai, cuma mengambil iktibar dari hadis Rasulullah s.a.w bagi menghayati ajaran Islam yang sebenarnya.


Apabila seseorang mengamanahkan kepada sesebuah organisasi untuk menguruskan derma terhadap umat Islam ia perlu dilaksanakan dengan sempurna. Ia bagi melaksanakan perintah Allah dalam Surah an- Nisa':58 iaitu:


‎{ ۞ إِنَّ ٱللَّهَ یَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰۤ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَیۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُوا۟ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا یَعِظُكُم بِهِۦۤۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِیعَۢا بَصِیرࣰا }

[Surah An-Nisāʾ: 58]

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.


Umat Islam perlu tolak pemikiran khawarij


Menyamakan pemeliharaan amanah dengan sikap Yahudi atau Israel yang menafikan hak rakyat Palestin adalah satu yang amat tidak tepat.


Setiap transaksi mualamat dalam Islam perlukan catatan atau akad bagi kejelasan urusniaga. Begitu juga dengan derma yang mempunyai tujuan dan kaedah yang dipersetujui bersama.


Penyelewengan dari akad adalah satu kezaliman dan ia adalah suatu yang dilarang dalam Islam (haram). Maka, adakah ia satu kerumitan yang sengaja diwujudkan bertujuan menghalang sumbangan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.


Lalu pihak yang berusaha memelihara amanah ini disamakan seperti Israel. Inilah pemikiran khawarij yang perlu ditolak oleh umat Islam.


Pemikiran Khawarij bertitik tolak daripada ketaksuban terhadap kelompok sendiri sehingga tergamak menuduh dan mempersoalkan keimanan dan keIslaman seseorang.


Ia memecahkan umat seperti yang telah berlaku di awal sejarah perkembangan Islam ketika zaman para sahabat dahulu.


Kelompok Khawarij ini mempertikai keabsahan pemimpin atau khalifah yang telah dibaiah oleh umat Islam lain. Ia menimbulkan keraguan dengan mempromosi fitnah sehingga tergamak menghalalkan nyawa para sahabat untuk dibunuh sewenangnya.


Pemikiran ekstrem hancurkan perpaduan umat Islam


Pemikiran seperti ini mampu menghancurkan kekuatan politik umat Islam. Pemikiran wasatiyyah yang sederhana dan berhati-hati seperi yang dibawa oleh ahlus Sunnah wal jamaah perlu menjadi manhaj pemikiran umat yang sayangkan perpaduan sesama kita.

Kelompok khawarij inilah yang ditunggangi oleh Israel bagi memecahbelahkan umat Islam. Mereka inilah yang sebenarnya membantu Israel.


Sehubungan itu, marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua dipelihara daripada terpengaruh dengan pemikiran khawarij kerana ia amat berbahaya seperti yang diriwayatkan dalam sepotong hadis oleh Ibn Umar dalam Sahih al-Bukhari iaitu, “golongan Khawarij adalah sejahat-jahat makhluk Allah. Mereka mengambil ayat Al-Quran yang diturunkan kepada orang kafir dan meletakkan kepada orang Islam.”


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page