top of page

Capai nilai pasaran RM2.67 bilion, kempen beli barangan Malaysia diteruskan



Kempen Beli Barangan Malaysia telah berjaya memasarkan lebih RM2 bilion nilai barangan buatan negara ini keluar negara.


Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN), Fuziah Salleh, kempen beli barangan buatan Malaysia akan dirancakkan lagi melibatkan beberapa rangkaian pasar raya utama.


"Sebanyak 13 hypermarket terlibat dalam program pemerkasaan produk Malaysia ini dalam sektor peruncitan.


"Pasar raya LuLu merupakan salah satu rakan strategik kita yang beroperasi di Malaysia sejak 2016. Jadi dalam industri peruncitan ini, terdapat pencapaian dalam beli barangan Malaysia sejak 2022 sebanyak RM2.67 bilion melibatkan 245,752 SKU (Stock Keeping Unit) di seluruh rangkaian pasar raya runcit seluruh negara.


"Untuk tahun 2023 kita telah mengadakan 5 kempen seluruh negara melibatkan Malaysia dan kemuncaknya 14 Disember di mana kita akan mengadakan karnival kempen beli barangan Malaysia di IOI, Putrajaya," katanya dalam sidang media sempena perasmian kempen Beli Barangan Buatan Malaysia anjuran LuLu Group Retail Sdn. Bhd, pagi tadi.


Tambah Fuziah, dengan kerjasama rangkaian pasar raya LuLu maka lebih banyak produk Malaysia dijual


Pelbagai produk buatan Malaysia tembusi pasaran dunia

Beliau juga teruja kerana rangkaian pasar raya berkenaan yang beroperasi di luar negara turut memasarkan barangan buatan Malaysia.


"Saya amat teruja, saya melihat ada 600 produk buatan Malaysia yang dieksport keluar negara ke lebih 260 rangkaian LuLu di seluruh dunia.


"Manakala di rangkaian 5 cawangan LuLu di negara kita ada 1,420 barang IKS yang ditawarkan di pasar raya berkenaan," katanya.


Fuziah berkata, terdapat 600 produk Malaysia yang dipasarkan keluar negara terutama yang dikeluarkan oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS).


Tambahnya, pada tahun hadapan kerajaan telah memperuntukkan dana sebesar RM12 juta untuk tujuan promosi barangan buatan Malaysia dan galakan pemasaran.


"Pada tahun hadapan KPDN mendapat peruntukan RM12 juta untuk kempen beli barangan Malaysia dan dari jumlah tersebut RM5 juta diperuntukkan untuk kempen begini. Untuk promosi, bussines matching usahawan dan produk Malaysia, bukan sahaja di dalam negara tetapi keluar negara.


"Saya dah beritahu LuLu kalau boleh saya mahu ada booth istimewa di Mekah dan Madinah untuk jemaah haji kita. Mereka boleh cari produk Malaysia bila pergi umrah atau haji. Mereka nak cari makanan Malaysia, misalnya nak beli sambal dan sebagainya," katanya.


Dalam sidang media itu juga Fuziah mengucapkan syabas kepada 3 syarikat yang banyak mengeksport keluar negara terutama syarikat Kawan yang katanya mengeksport 1,000 kontena sebulan.


Selain membantu dalam urusan kempen dan pengeksportan, kata Fuziah, KPDN juga membantu syarikat terutama IKS dalam mereka bentuk design label produk mereka.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page