top of page

Calon PH Sg Udang, Hasmorni Tamby berkempen dengan jual ayam


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Sungai Udang, Hasmorni Tamby mengambil pendekatan kreatif apabila berkempen dengan menjual ayam di kedai miliknya.


Beliau turut menunjukkan kemahirannya memotong ayam di hadapan pengundi.


"Mujur saya memang jual ayam. Bila sibuk untuk PRN ni belum sempat lagi jenguk kedai mini market saya dan dah lama juga tidak memotong ayam untuk pelanggan kedai saya.


"Sempat juga tunjuk skill tadi," katanya.


Melalui kedainya, Hasmorni mengambil peluang untuk mendekati pengundi dan memahami isi hati mereka.


"Sebagai peniaga saya sedar dan faham tentang harga barangan yang semakin tinggi dan ini perkara yang sangat diberi perhatian oleh PH untuk memastikan perkara ini diselesaikan dan tidak membebankan rakyat.


"Melalui pelan tindakan khas untuk Melaka, PH meletakkan kepentingan rakyat itu paling utama.


"Melaka Sejahtera adalah memastikan kesihatan mental dan fizikal serta meningkatkan tahap kehidupan rakyat. Melaka Makmur mewujudkan pekerjaan baharu, menyuburkan perniagaan kecil dan sederhana,

dan merancakkan pelaburan ekonomi Melaka.


"Melaka Stabil melaksanakan reformasi pentadbiran bagi menjamin kerajaan Melaka yang stabil, adil, telus dan berintegriti," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page