top of page

Calon peringkat cabang pastikan kempen ikut peraturan - Dr Zaliha

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 10
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Tempoh berkempen secara rasmi bagi pemilihan peringkat cabang KEADILAN bermula daripada muktamadnya pencalonan sehingga ke malam sebelum hari pengundian, jelas Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) KEADILAN itu berkata, sebelum ini pun terdapat kempen semasa anggota namun pihaknya tidak mengambil kira ianya sebagai kempen rasmi. Namun selepas pencalonan ianya menjadi rasmi dan harus mengikut peraturan yang ditetapkan.


''Pemilihan calon-calon di peringkat cabang pada kali ini telah selesai dijalankan.


''Selepas selesai dan muktamadnya nama-nama itu, barulah kita masuk ke fasa kempen secara rasmi.


''Sebelum ini ada juga kempen yang berlaku, tapi kita tidak kira sebagai rasmi, selepas dari itu baru dikira sebagai rasmi sehingga hari pengundian pada 11 Mei nanti.


''Kita juga ada dua sesi iaitu pada minggu ini dan minggu hadapan (20 April),'' katanya dalam rancangan Kerusi Biru yang disiarkan secara atas talian menerusi saluran Facebook KEADILAN.


Ahli Parlimen Sekijang itu turut memberi contoh berhubung tempoh masa berkempen bagi memberikan gambaran yang lebih jelas.


''Contohnya di Kedah akan bermula pemilihan pada 11 April, maka kempennya berakhir pada 11.59 malam 10 Mei.


''Begitu juga seterusnya untuk cabang-cabang terlibat pada tarikh-tarikh yang tertentu,'' ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Menteri Wilayah Persekutuan itu merakamkan ucapan terima kasih kepada calon-calon yang terlibat kerana terlebih dahulu merujuk kepada garis panduan yang telah ditetapkan.


Dr Zaliha berkata, pihaknya juga ada menyediakan talian Hotline dan emel untuk digunakan sebagai medium aduan terhadap kempen yang berlaku.


Pemilihan cabang bermula Jumaat ini di Kedah (11 April), 12 April di Perlis, Selangor, Melaka dan 13 April di Perak, Negeri Sebilan dan Sarawak.


Pada minggu seterusnya, 18 April pemilihan di Kelantan, Terengganu, 19 April di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Pahang dan pemilihan berakhir pada 20 April di Sabah dan Johor.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page