Calon DUN Paya Rumput janji selesai masalah lesen penjaja



Calon N13 Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menjanjikan penyelesaian lesen perniagaan kepada penjaja di Taman Krubong Jaya, DUN Paya Rumput.


Katanya, sekiranya beliau diberi mandat sebagai ADUN beliau akan memperjuangkan pemberian lesen kepada penjaja ketika dalam situasi ekonomi sukar sekarang ini.


"Saya turun ke Taman Krubong Jaya dan meninjau gerai-gerai menjual sarapan serta makanan tengah hari di bahu jalan.


"Antara isu dibangkitkan berkenaan lesen. Gerai-gerai di sini kebanyakannya telah pun berniaga agak lama.


"Saya berikan jaminan kepada peniaga yang majoritinya orang-orang Melayu, tentunya terkesan pandemik Covid 19 dan inshaAllah kita beri janji, kalau saya diberikan mandat dan menang sebagai ADUN itu antara perkara pertama saya lakukan.


"Iaitu memastikan mereka berniaga di bahu jalan terbela dengan memberikan lesen supaya tiada mana-mana pihak yang boleh mengambil kesempatan mengganggu mereka dan perniagaan.


"Kita tahu perniagaan kecil ini untung tak seberapa tetapi cukup menampung keperluan harian mereka. Salam no. 2 (kertas undi) dari Krubong, N13 Paya Rumput," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER