top of page

Calon MPP: KEADILAN perlukan proses kesegaran semula

Updated: Jun 7, 2022



KEADILAN sebagai parti reformasi memerlukan kesegaran semula selepas dua dekad melalui suka duka perjuangan.


Hal itu ditimbulkan oleh calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) nombor 11, Zukri Aksah yang berjanji akan berusaha merejuvenasikan parti sekiranya beliau terpilih.


Katanya, proses menyegarkan semula parti amat penting dilakukan selepas kalah dalam 3 siri Pilihan Raya Negeri Melaka, Sarawak dan Johor.


"Kekalahan berturut-turut KEADILAN dalam empat PRN menjadi petanda bahawa parti memerlukan "persegaran," khususnya di peringkat pembuat keputusan utama, iaitu Majlis Pimpinan Pusat.


"Kebetulannya pemilihan parti datang selepas tragedi kekalahan berturut-turut tersebut.


"Kalau pun kita tidak berharap banyak, atau anda tidak berharap banyak dengan saya, sekurang-kurangnya memilih untuk memasukkan orang yang tidak pernah berada dalam MPP sebelum ini berupaya untuk membawa perspektif baharu, sudut pandang baharu, idea baharu, pandangan baharu, pendekatan baharu dan bentuk perancangan baharu dalam memacu parti secara khusus berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) yang bakal berlangsung," kata Zukri dalam satu kenyataan.


Tambah beliau, apa gagasan pun yang ingin diutarakan oleh MPP baharu selepas ini seharusnya secara tegas, jelas dan tanpa kompromi wajib memandu gagasan tersebut ke jalan reformasi.


Katanya, sama ada gagasan KEADILAN, Pakatan Harapan atau persepakatan baharu yang mungkin wujud sebelum PRU, jalan reformasi harus dikekalkan dan tidak boleh dilanggar walau seinci pun.


Begitu juga ketuanan rakyat, demokrasi dan ekonomi rakyat perlu membayangi setiap baris manifesto.


"Saya tahu cita-cita saya tentang negara ini bunyinya mungkin sangat besar. Memperjuangkannya pun satu kesukaran, apatah lagi mahu melaksanakannya bila ditakdirkan pada satu ketika nanti mendapat kuasa.


"Godaan sekeliling pasti banyak, pasti banyak juga permintaan-permintaan untuk kita mengkompromi sebahagian jalan reformasi yang kita perjuangkan selama puluhan tahun kerana "pembentukan kuasa."


"Sikap berdolak-dalik sesama sahabat komponen, saling tidak mampu mengawal sesama sendiri serta tidak tetap pendirian menyebabkan rakyat menjadi menyampah dan meluat, seperti yang ditunjukkan dalam siri PRN yang lepas," katanya.


Justeru, Zukri berharap jarak masa dari 9 Mei 2018 hingga 2022 berjaya mengajar anggota sesuatu yang bermakna, dan Pemilihan KEADILAN 2022 dapat menjadi pentas yang berguna buat seluruh anggota membuat pembetulan dan penegasan yang jitu tentang apa dan siapakah Parti Keadilan Rakyat di hadapan seluruh rakyat Malaysia.


Zukri sebelum ini terkenal memperjuangkan idealisme reformasi melalui blog beliau sejak 1999 di pautan: zukri-keadilan.blogdrive.com dan zukri.keadilanrakyat.org.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page