top of page

Calon Melayu DAP: Pas jangan perlekeh kebijaksanaan pengundi



Kecaman Presiden Pas Hj Hadi Awang ke atas calon calon Melayu DAP tidak menggugat kempen parti berkenaan sebaliknya hanya memperlekeh pengundi Melayu.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh calon calon DAP dan Pakatan Harapan (PH) dari beberapa negeri, tindakan Pas tersebut seolah olah gusar dengan perkembangan positif DAP yang semakin diterima oleh pemimpin pemimpin Melayu yang teruja menjadi calon DAP berbanding 20 tahun lalu.


"Kerusi-kerusi yang ditandingi calon Melayu DAP kali ini bukanlah kerusi mudah namun DAP meletakkan calon terbaik bagi membantu PH memenangi PRU15 membantu kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


"Presiden Pas perlu sedar rakyat Malaysia tidak lagi memilih wakil rakyat mereka hanya berdasarkan kaum dan agama calon yang bertanding. Pengundi Melayu Islam akan memilih calon Melayu daripada DAP bukan hanya kerana mereka Melayu Islam sebaliknya berdasarkan prestasi dan khidmat wakil-wakil rakyat DAP.


"Hadi Awang terus memandang rendah keupayaan berfikir pengundi Melayu Islam dalam memilih pemimpin dan wakil rakyat mereka. Hadi Awang turut merendahkan tokoh pemimpin Melayu Islam yang bukan sahaja dipandang tinggi di Malaysia malah di peringkat dunia iaitu Datuk Seri Anwar sebagai seorang yang boleh dipergunakan oleh pihak lain," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut kenyatan itu lagi, pengundi Melayu banyak yang telah sedar taktik Pas selama ini mempergunakan sentimen agama untuk meraih undi namun selepas mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, Malaysia tidak pula berubah kepada negara sebagaimana dijanjikan Pas.


"Ramai sudah sedar parti yang menunggang sentimen Melayu dan Islam bagi meraih undi adalah Pas dan parti-parti sekutu mereka. Pandangan singkat mereka menyebabkan mereka hanya tahu menggunakan sentimen kaum dan agama untuk memenangi pilihan raya berbanding mengemukakan calon yang berkaliber dan mengenengahkan polisi yang baik bagi menyelesaikan masalah rakyat seperti DAP dan PH.


"Walaupun DAP tidak banyak bertembung dengan calon daripada Pas, Pas terus merasakan bahawa DAP adalah seteru politik utama mereka.


"Mungkin Presiden Pas itu dapat melihat gelombang sokongan pengundi kepada DAP dan PH yang memungkinkan mereka hilang kuasa dan jawatan yang sudah beraja di hati mereka," kata mereka.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh 10 calon PH dan DAP; Calon Parlimen P.012 Jerai, Zulhazmi Shariff; Calon DUN Pahang N.20 Pulau Manis, Khairil Khalid; Calon Parlimen Bukit Bendera P.048, Syerleena Abdul Rashid; Calon Parlimen P.054 Gerik, Tarmizi Mohd Jam; Calon Parlimen P.089 Bentong, Young Syefura Othman; Calon Parlimen P.102 Bangi, Syahredzan Johan; Calon Parlimen P.148 Ayer Hitam, Sheikh Omar; Calon Parlimen P.154 Mersing, Fatin Zulaikha Zaidi; Calon Parlimen P.164 Pontian, Shazwan Zdainal dan Calon DUN Perak N.56 Changkat Jong, Badrul Hisham Badarudin

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page