top of page

Calon Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor buka cabaran berdebat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 15, 2022
  • 1 min read


Keterujaan berdebat dalam kalangan calon calon yang bertanding jawatan KEADILAN tidak terhad kepada posisi utama seperti Ketua Angkatan Muda KEADILAN dan Naib Presiden sahaja.


Calon Ketua Cabang Hulu Selangor, Dr.Sathia Prakash Nadarajan juga mengumumkan beliau bersedia berdebat sebarang isu sekiranya ada pemimpin yang mencabarnya berbuat demikian.


"Sejak dua tiga hari ini saya telah dihujani beberapa pihak yang mahu saya berdebat.


"Saya memang bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja, pada bila-bila masa sahaja tetapi debat itu perlulah diadakan dengan cara yang baik dan secara sihat daripada apa-apa unsur negatif," katanya.


Menurut beliau, sekiranya terdapat pihak yang ingin menyuburkan budaya debat dalam pemilihan maka cabaran boleh dikemukakan dengan menghubungi setiausaha beliau Cik Jahirah di talian 0123132327.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page