Calon KEADILAN Tupong, Ahmad Nazib Johari berjanji akan membantu penduduk Kampung Baru Sg Tumuk mendapatkan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan menyelesaikan masalah pengiktirafan penempatan mereka.
Menurut beliau, selepas 58 tahun Gabungan Parti Sarawak memerintah tidak sepatutnya masih ada penduduk yang dinafikan kemudahan asas berkenaan.
"Mendengar keluhan penduduk Kg Sungai Tumuk , mereka mengharapkan wakil rakyat yang baru membantu masaalah mereka," katanya.
Penduduk Kampung Baru Sg Tumuk merupakan penyokong tegar GPS sebelum ini, namun apabila janji tinggal janji dan wakil rakyat tidak memperdulikan mereka selepas pilihan raya, mereka bertekad akan melakukan perubahan kali ini.
Comments