Calon KEADILAN DUN Klias kesal ada pengundi disogok dengan wang


Calon KEADILAN DUN Klias, Abdul Rahman Yakub meluahkan rasa terkilan dengan sikap sesetengah calon yang cuba meraih undi rakyat dengan sogokan wang.


Beliau berkata, setiap calon seharusnya bertanding dengan mengamalkan budaya politik yang sihat dan bukannya dengan membeli undi.


"Kita mendapat luahan daripada pengundi tentang usaha pihak tertentu melakukan sogokan kewangan untuk mendapatkan undi dan ini amat merisaukan.


"Beri peluang kepada rakyat buat penilaian secara pilihan hati masing masing kerana mengundi calon pilihan berdasarkan keyakinan mereka kepada calon atau parti, mereka percaya boleh bantu meningkatkan hidup rakyat dan bantu rakyat di kawasan masing-masing.


"Rasanya tidak elok dan tidak wajar rakyat dipaksa mengundi satu-satu pihak dengan menyogok wang dengan janji tertentu sehingga mereka terpedaya kerana sogokan.


"Kita bimbang calon terpilih bukan dipilih secara merit tapi kerana sogokan tidak sihat dalam amalan demokrasi, kita berharap pihak bertanding mengamalkan budaya politik yang sihat," katanya dalam sidang media.


Dalam pada itu, Abdul Rahman berharap mereka yang dikuarantin selepas terlibat dengan kes jangkitan COVID-19 di Beaufort akan tetap diberi peluang untuk mengundi.


"Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dua kes dicatatkan daripada saringan tahanan lokap ibu pejabat polis Daerah Beaufort melibatkan warganegara.


"Saya yakin pihak KKM, pejabat negeri dan daerah sedang mengawasi situasi bagi memastikan kesihatan warga Beaufort.


"Ruang demokrasi terus diangkat dan hak mengundi rakyat Sabah harus ditunaikan namun dengan garis panduan dan syarat-syarat yang wajar bagi mengelakkan penularan wabak.


"Saya mengesyorkan pihak berwajib meneliti perkara ini supaya pengundian tetap berjalan lancar tanpa menyukarkan perjalanan proses pengundian," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio