top of page

Calon DUN Tanjung Surat tawar baiki insfrastruktur uzur, tambah peluang kerja

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 11, 2022
  • 1 min read


Calon KEADILAN DUN Tanjung Surat, Rosman Tahir berjanji sekiranya diberi mandat pada 12 Mac ini beliau akan berusaha memperbaiki insfrastruktur di DUN itu yang usang dan menyukarkan pergerakan penduduk.


"Sepanjang saya berkempen di Tanjung Surat banyak masalah dan isu diberitahu seperti insfrastruktur jalan utama Pekan Sg Rengit menghala ke Bukit Buloh, yang mempunyai masalah lampu jalan dan jalan yang kecil menyukarkan kenderaan berselisih.


"Kedua, isu nelayan, isu jeti uzur perlu diambil tindakan," katanya.


Selain itu, beliau juga akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak anak muda di DUN berkenaan.


"Peluang pekerjaan anak muda. Saya akan membantu belia setempat selari dengan pembangunan di kawasan Tanjung Surat.


"Peluang pekerjaan saya akan cuba beri dalam industri pelancongan. Begitu juga industri petroleum (petro-kimia) yang semakin berkembang. Industri ini antara terbesar di Asia (di Pengerang). Jadi saya akan cuba usahakan membantu anak tempatan supaya mereka dapat limpahan memberi ekonomi," katanya.


Tidak lupa, Rosman tutut akan membela perumahan generasi kedua Felda


Sekiranya Pakatan Harapan dan KEADILAN berjaya membentuk kerajaan, katanya, nasib perumahan generasi kedua akan lebih mudah diselesaikan kerana kuasa tanah terletak di bawah Kerajaan Negeri.


"Masalah di Felda, rumah generasi kedua, saya akan berusaha cuba atasi masalah ini," katanya lagi.


Selain itu, beliau juga akan berusaha menyelesaikan masalah penduduk di Taman Bayu Damai yang menghadapi isu tanah mendap sejak sedekad lalu.


Rosman menyeru pengundi Tanjung Surat agar memangkah petak nombor 3 mewakili KEADILAN bagi membawa perubahan di DUN berkenaan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page