top of page

Calon DUN Paya Rumput janji selesai masalah banjir di Bukit Datuk



Calon DUN Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berjanji akan menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering terjadi di kawasan Kampung Bukit Datuk A akibat sistem saliran yang kurang baik.


Beliau yang melakukan tinjauan semalam, mendapati kerja kerja mendalamkan tali air yang tidak berjalan lancar mungkin merupakan punca banjir.


"Ramai pemanggil meminta dibantu untuk menyelesaikan masalah di sini. Kita lihat saliran yang tersumbat dan projek yang belum siap.


"Masalah berlaku jika hujan lebat selama 1 jam maka air akan melimpah dan menyebabkan banjir di kawasan ini. Saya turun padang hari ini untuk melihat sendiri di mana kita semua sedia maklum hal hal seperti ini boleh kita selesaikan dengan segera kerana sekarang kita tengok di sini telah pun ada projek yang dilaksanakan.


"Tetapi hari ini kita tengok terhenti. Saya tidak tahun apa masalahnya. Yang penting isu ini akan menjadi isu utama bagi saya sekiranya diberi mandat dan amanah oleh warga Paya Rumput pada 20 November ini," katanya.

Penduduk tempatan mengadu masalah banjir

Menurut beliau, masalah tali air dan banjir itu boleh diselesaikan dengan menghubungi agensi berkaitan dan beliau akan memastikan perkara tersebut diselesaikan segera.


Selain itu, Shamsul juga bertemu seorang penduduk tempatan yang mengadu masalah dihadapi kampung berkenaan setiap kali hujan lebat.


Menurut penduduk itu hujan dalam masa sejam biasanya menyebabkan banjir kilat dan menyukarkan kehidupan mereka.


"Kalau hujan lebat sangat akan banjir atau hutan satu jam akan banjir. Berlaku dalam setahun ini.


"Projek (mendalam tali air) baru dua bulan, tetapi tak siap siap lagi," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page