top of page

Calon DUN Ngemah janji selesai isu NCR, baiki sekolah daif



Calon KEADILAN DUN Ngemah, Satu Anak Anchom berjanji untuk menyelesaikan isu Tanah Adat (NCR) yang berlarutan sejak 58 tahun lalu.


Katanya, kerajaan GPS jelas gagal memperjuangkan isu itu biar telah menang 12 kali pilihan raya.


"Jika KEADILAN memimpin kerajaan Sarawak, Sijil NCR di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak akan dikuatkuasa. KEADILAN akan mengiktiraf dan mengeluarkan sijil ke atas tanah NCR di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak.


"Pengeluaran sijil sementara di bawah Section 6 (Native Communal Reserve) akan dimansuhkan dengan serta merta


"Setiap rancangan pembangunan yang melibatkan hak dan tanah Orang Asal mesti tertakluk kepada peruntukan “UNDRIP.” Ketua Masyarakat mesti mendapat persetujuan daripada rakyat dalam semua perkara yang melibatkan hak adat asal dan harta bersama," katanya.


Satu Anchom juga berjanji akan membaik pulih serta menaik taraf sekolah sekolah daif di pendalaman yang tidak dipedulikan oleh kerajaan GPS sebelum ini.


"Saya akan beri komitmen untuk menaik taraf sekolah daif di kawasan pendalaman dan memperluaskan program tuisyen kepada anak keluarga B40 apabila memimpin kerajaan Sarawak. Di Sarawak 82% daripada 1,457 sekolah adalah daif.


"Ini membimbangkan kerana ianya melibatkan keselamatan pelajar dan guru. Begitu juga keadaan di kawasan Ngemah. Banyak bangunan sekolah yang terlalu uzur dan perlu diperbaiki dengan segera.


"Prestasi akademik pelajar turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran pembelajaran. Jika belajar di persekitaran yang kondusif, sudah tentu prestasi akademik turut meningkat," katanya.


Selain itu, beliau juga berjanji untuk berusaha memperbaiki jaringan jalan raya yang buruk di DUN Ngemah.


Juga bekalan air bersih dan tenaga elektrik termasuk memastikan sambungan internet yang lebih menyeluruh dan stabil.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page