Calon DUN Ayer Molek tekad selesai masalah banjir sejak bertahun-tahun



Masalah banjir yang melanda DUN Ayer Molek sejak bertahun-tahun lalu akibat kegagalan Kerajaan Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menyelenggara Sungai Punggur di Paya Redan dengan sebaik-baiknya.


Menurut calon DUN Ayer Molek, Mohd Rafee Ibrahim sekiranya senggaraan dilakukan pada setiap tahun dan sungai didalamkan maka banjir tidak akan berlaku di beberapa buah kampung di kawasan berkenaan.


"Sungai ini sangat penting kepada penduduk kampung, kalau kita tengok sekarang musim hujan, kaedah penyelenggaraan yang dibuat oleh JPS perlu digandakan.


"Saya yakin banjir yang berlaku di kampung Tambak Paya, Paya Dalam, Ayer Molek, Duyung inilah puncanya. Kerana sangat kurang penyelenggaraan pihak JPS," katanya.


Beliau mengingatkan pengundi bahawa Ketua Menteri Melaka dari BN dan ADUN Ayer Molek pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah berkenaan namun sehingga hari ini masih tiada apa yang berlaku.


"Saya harap lepas ini, kalau kerajaan PH ambil alih kerajaan Melaka, isu ini antara isu yang diutamakan untuk kita selesaikan.


"Saya rasa penduduk pun dah hilang sabar, jadi benda ini perlu diperhatikan oleh semua kalangan wakil rakyat yang dipilih dan agensi yang terlibat menguruskan kaedah kumbahan air dan penyelengaraan yang menyebabkan sering berlaku banjir di DUN Air Molek ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER