top of page

Calon berkualiti di kerusi-kerusi KEADILAN dikhianati - Amirudin Shari



KEADILAN Selangor memberi jaminan akan menurunkan calon-calon berkualiti dan setia kepada rakyat serta parti sebagai ganti di kerusi-kerusi yang dikhianati.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jaminan itu termasuk di Ampang dan Gombak yang mana pemilihan calon akan dibuat dengan cara yang rapi agar tidak berlaku lagi insiden hitam yang membuat pengundi tidak puas hati.


"Sudah pasti kedua-dua kerusi itu termasuk Dewan Undangan Negeri akan ada perubahan. Kita ingin bawa muka baharu yang lebih bersemangat.


"Terbukti KEADILAN telah sekian lama kenalkan calon muda tetapi kita juga mahu gabungan yang sama adil, terletak pada strategi parti,” katanya ketika ditemui dalam program Jelajah Kita Selangor, semalam.


Beliau menegaskan, faktor utama kemenangan adalah kempen dan jentera parti yang tersusun.


Oleh itu, katanya, KEADILAN Selangor akan mengadakan sesi bertemu akar umbi yang lebih kerap untuk menyelesaikan isu gerak kerja bagi merampas semula mandat yang dikhianati.


"Calon memang ada dampak tetapi jentera yang menggerakkan itu menjadi keutamaan. Pengundi perlu ada rujukan penting sebelum pilihan raya dibuat,” katanya.


Negeri Selangor tidak akan membubarkan DUN dan akan menggenapkan tempoh penggal. Bagaimanapun, Parlimen mungkin dibubarkan selepas tamatnya darurat pada Ogos ini.


Oleh itu persediaan pilihan raya umum perlu dibuat segera sebelum bulan Ogos.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page