top of page

Cabaran Reformasi tunai janji perubahan di peringkat akar umbi



September 2023, Reformasi sebagai gerakan perubahan politik telah pun menjangkau usia 25 tahun.


Ulang tahun jubli perak gerakan Reformasi pada tahun ini amat bermakna apabila Bapa Reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memegang tampuk pemerintahan negara sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia ke 10.


Bagi Presiden Rapat Rakyat, NGO yang menaungi kelompok reformis awal, Mustaffa Kamil Ayub, Reformasi sebagai wadah politik perlu menunaikan janji janji sejak dua dekad lalu untuk dinikmati bukan sahaja oleh reformis tetapi seluruh rakyat Malaysia. hanya dengan cara itu, katanya, Reformasi akan dilihat relevan di tengah masyarakat.


"Apa yang penting kita telah memasuki jubli perak gerakan Reformasi dan pastinya dengan kedudukan tokoh yang menggerakkan Reformasi awal itu telah pun sekarang berada di puncak kuasa Perdana Menteri Malaysia.


"Pastinya harapan menggunung di kalangan generasi awal penggerak Reformasi terutama dalam memenuhi agenda yang terangkum dalam Deklarasi Permatang Pauh.


"Soal dari segi karamah insaniah, soal demokrasi untuk semua, soal ekonomi yang adil kepada lapisan rakyat, soal memacu ekonomi negara, soal memerangi rasuah yang berterusan, menghapuskan kemiskinan tegar, saya kira semua ini terangkum dalam Deklarasi Permatang Pauh


"Justeru kita yakin PMX telah pun mengaturkan pelbagai langkah dalam Kerajaan Perpaduan Madani pada hari ini. Walaupun cabaran utama adalah dari segi pelaksanaan serta pemantauan kepada tiap pengumuman yang telah dibuat oleh PM perlu sampai ke akar umbi.


"Sehingga mereka benar benar merasakan sejumlah kandungan dari deklarasi itu telah diterjemahkan dalam keutamaan membangun Malaysia Madani dan digerakan dalam erti kata perlaksanaan yang telah diumumkan," jelas Mustaffa kepada Suara Keadilan.


Bagaimanapun, menurut mantan Setiausaha Agung KEADILAN pada era 2000 itu, langkah ke hadapan, cabaran yang bakal ditempoh oleh Reformasi adalah untuk memastikan agenda yang diumumkan oleh PM itu benar benar sampai ke peringkat akar umbi.


Terutama katanya, dalam kedudukan ekonomi yang masih belum pulih dan keterbatasan kewangan negara.


"Soal melaksanakan agenda agenda reformasi berdasarkan konsep Malaysia Madani yang dipopularkan pada hari ini saya fikir harapan itu tinggi.


"Namun ia (peruntukan) benar benar perlu dipastikan turun ke akar umbi dan dirasakan oleh peringkat akar umbi, biar pun cabaran semasa ialah kedudukan ekonomi dan kewangan yang cukup menghimpit," katanya.


Reformasi kali pertama diisytiharkan selepas Anwar dipecat secara konspirasi politik daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 oleh PM waktu itu Tun Mahathir.


Gerakan reformasi diteguhkan pada 12 September 1998 apabila Deklarasi Permatang Pauh diisytiharkan oleh Anwar di tempat kelahirannya di kampung Cherok Tok Kun, Permatang Pauh, Pulau Pinang.


Namun gerakan itu terencat apabila Anwar ditahan di bawah ISA pada 20 September 1998 dan diteruskan dengan gerakan politik oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai presiden pertama Parti Keadilan Nasional yang dilancarkan bulan April 1999 dan seterusnya masuk Pilihan Raya Umum 1999 dengan memenangi beberapa kerusi parlimen dan DUN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page