top of page

Cabaran pendidikan atas talian PKP 2.0 perlu ditangani - Fuziah Salleh



Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh menggesa kerajaan Perikatan Nasional segera menangani masalah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada era Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.


Bercakap dalam majlis melancarkan Misi Bantuan Banjir Wanita KEADILAN KEADILAN Selangor kepada KEADILAN Pahang semalam, beliau mengingatkan kerajaan bahawa generasi kanak-kanak yang bersekolah hari ini bermungkinan mengalami keciciran kekal sekiranya mereka tidak dibantu.


"Kita dapati anak-anak PKP ini setahun ketinggalan. Terutama darjah 1 masuk darjah 2, mereka belum boleh membaca, mengira, memahami adab dalam bilik darjah, adab berkawan, dengan guru dan sebagainya. Kita khuatir dengan generasi ini akan tercicir terus


"Wanita KEADILAN sebelum Belanjawan 2021 dibentangkan telah pun menyarankan supaya TV Pendidikan diadakan semula agar dapat memastikan pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara paling efektif, di mana guru-guru terbaik kita letakkan dalam TV Pendidikan.


"Oleh kerana lebih 90% isi rumah ada satu televisyen yang boleh digunakan anak-anak belajar dan boleh diulang berkali-kali jika bapa tiada masa waktu siang misalnya, maka boleh bantu anak selepas kerja," kata Fuziah.


Menurut Ahli Parlimen Kuantan itu lagi, sekiranya kerajaan menumpukan pendidikan secara atas talian sahaja maka banyak isu perlu diselesaikan terutama dalam keluarga B40 yang memiliki satu telefon, atau akses internet yang buruk di kawasan pedalaman dan pelbagai masalah lain.


Katanya, penubuhan satu task force dalam menangani masalah PdPR juga amat penting bagi menyelesaikan masalah.


"Pada penelitian saya golongan B40 yang tiada gajet, atau satu keluarga ada satu telefon sahaja. Telefon itulah digunakan untuk membantu 3 anak, maka kalau jadual bertembung jadi masalah.


"Kita lihat internet pula ada kawasan tak ada capaian. Inilah yang menjadi cabaran utama kesan pandemik Covid ini.


"Jadi kita perlu ada task force khas untuk memperkasakan program PdPR ini. Selain itu pusat internet komuniti juga perlu ditambah gajet diperlukan untuk membantu pembelajaran.


"Cabaran ini perlu diatasi selain cabaran ekonomi, kesihatan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page