Buku Panduan Bahasa Tamil STPM: Inisiatif atasi isu kekurangan guru
- Suara Keadilan

- Jul 12
- 1 min read

Kementerian Perpaduan Negara akan mengedarkan buku panduan khas secara percuma bagi mata pelajaran Bahasa Tamil untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy (gambar) berkata, buku panduan itu merangkumi sukatan pelajaran sepanjang tiga semester dan diterbitkan hasil usaha bersama golongan cendekiawan, termasuk profesor serta guru Tingkatan Enam.
Dihasilkan menerusi inisiatif Persatuan Penyelidikan Tamil Antarabangsa (IATR), ia bertujuan membantu kira-kira 700 pelajar yang mengambil subjek Bahasa Tamil, khususnya mereka yang tidak mempunyai guru bagi mata pelajaran berkenaan.
"Sebelum ini, Kementerian Pendidikan pernah menerbitkan buku panduan sama pada 2018 sebagai rujukan pelajar. Usaha ini adalah kesinambungan bagi menambah sumber pembelajaran dan mengurangkan kesan kekurangan guru Bahasa Tamil.
"Buku ini akan diedarkan secara percuma setiap tahun kepada pelajar di seluruh negara yang mengikuti subjek ini," katanya dipetik selepas melancarkan Buku Panduan STPM Bahasa Tamil di Klang pada Jumaat.
Sementara itu, Saraswathy yang juga AhlI Dewan Negara turut pihak sekolah untuk mendapatkan buku panduan itu bagi membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
"Saya percaya buku ini mampu menjadi bahan rujukan penting, selain membantu menangani isu kekurangan guru," katanya.









Comments