top of page

Bukan umat Islam sahaja, semua rakyat Malaysia turut solidariti dengan Palestin

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • May 20, 2021
  • 1 min read

Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh menyatakan pendirian bahawa semua rakyat di Malaysia berdiri teguh bersolidariti dengan rakyat Palestin.


Ketika bercakap dalam program Global Women Coalition for Al Quds and Palestine" (GWCQP) bertajuk "Women of the World with Palestine", beliau berkata setiap rakyat Malaysia prihatin dengan nasib yang menimpa Palestin.


"Alhamdulillah, mereka di Palestin amat teruja apabila saya menyampaikan berita bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta pelbagai anutan agama bersolidariti dengan mereka serta mendoakan keselamatan rakyat Palestin.


“You don’t have to be Muslim to stand for Palestine, you just need to be human”. Itu mesej yang kami bawa," katanya.


Sokongan Malaysia terhadap Palestin turut diterjemahkan melalui pelbagai sumbangan dan dana bagi mempertahankan hak rakyat di negara itu.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membantu mengumpul dana sehingga RM1 juta untuk NGO MyAqsaDefenders.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page