top of page

Bukan mudah untuk siasat individu berprofil tinggi - Anwar



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa hairan apabila tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat individu berprofil tinggi atas dakwaan rasuah ditentang pihak tertentu.


Berucap pada Majlis Sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan, di Padang Chetey, Petaling Jaya Malam tadi, beliau menegaskan sewajarnya rakyat menyokong siasatan dilakukan pihak berkuasa.


Beliau turut memberitahu, bukan mudah untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan individu berprofil tinggi atas dakwaan rasuah.

"Sepatutnya you (anda) sokong, bukan senang tahu mahu siasat itu ‘Tun Tun’. Siasat ketua kampung, cikgu sekolah Tamil lebih senang, siasat orang besar yang curi duit you (anda) ingat senang?


"Tak senang tapi oleh (kerana) kita kena jaga negeri, jangan bagi orang curi harta rakyat, tolong rakyat," katanya tanpa menyebut mana-mana nama.


Media sebelum ini melaporan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin disiasat berdasarkan maklumat Kertas Pandora sejak Februari 2023, selain turut memanggil beberapa individu termasuk ahli keluarga bekas menteri kewangan itu memberi keterangan.


Selain Daim, anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohammad turut dilapor dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung pembabitannya dalam aktiviti perniagaanya sekitar 1990-an.


Sementara itu Anwar dalam ucapannya turut menegaskan tekadnya untuk memburu individu yang 'membolot kekayaan' negara dan tidak akan menghiraukan apa jua rintangan.


"Kita mahu menjaga negara ini, jangan bagi orang mencuri harta rakyat. Kita mahu menolong rakyat dan ‘we will go after the crooks, I don’t care’," katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page