top of page

Bukan ketatkan syarat pengambilan guru tetapi tingkatkan latihan guna kaedah, teknologi terbaharu



Cadangan memperketatkan syarat pengambilan siswa untuk dilatih menjadi guru tidak akan menambah kualiti produk yang dihasilkan Institusi Pendidikan Guru (IPG) mahu pun universiti tempatan lainnya.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat, Mahani Abdul Moin, sepintar mana pun siswa calon guru sekiranya mereka tidak dilatih menggunakan kaedah pendidikan semasa atau teknologi terbaharu maka guru yang dihasilkan tidak mampu memberi pendidikan terbaik buat anak bangsa.


"Dalam isu ini Menteri Pendidikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) 18 bulan dan PN 2.0 dilihat gagal memastikan Dasar Pendidikan Kebangsaan digarap dengan sempurna supaya tahap kemahiran guru siswazah dipertingkatkan selaras dengan penggunaan teknologi baharu atau IR 4.0, ditambah dengan isu PdPR semasa pandemik Covid 19.


"Perubahan yang harus dilakukan bukan kepada syarat pengambilan guru-guru pelatih tetapi yang lebih penting adalah pelaburan oleh kerajaan agar kualiti bakal guru dapat dipertingkatkan dengan penambahbaikan bahagian pendidikan guru supaya kaedah pengajaran dan pembelajaran dan teknik-teknik pengajaran kepada guru-guru pelatih terkini dan bertahap dunia.


"Secemerlang mana pun seseorang bakal guru itu, jika pusat-pusat pendidikan guru masih menggunakan sistem yang 'obsolete', pelatih yang mengikutinya juga akan menggunakan kaedah-kaedah lama dan lapuk," katanya.


Beliau yang juga mantan guru kaunserling berkata, tidak semestinya pelajar yang kurang cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia apabila dilatih sebagai guru akan menjadi guru tidak berkualiti.


Jelas beliau, ukuran kualiti bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga keupayaan mereka menyampaikan ilmu serta akhlak yang dicontohi murid.


"Persoalannya adakah guru-guru yang mendapat keputusan SPM hanya 3A itu kurang berkualiti atau tidak mampu membawa aspirasi kerajaan? Saranan sedemikian (tingkatkan kualiti calon guru) tidak lah keterlaluan namun seharusnya ia lebih realistik kerana jika dilihat kepada syarat-syarat kemasukan ke IPG terkini, iaitu pemohon sekurang-kurangnya mendapat 5 subjek Cemerlang, dan itu pun tidak ramai dari kalangan mereka yang memohon.


"Umum mengetahui kemahiran paling utama sebagai pendidik adalah komunikasi, kaunseling dan interpersonal disamping berakhlak mulia yang menjadi model contoh kepada murid. Jika kerajaan mengambilkira keputusan cemerlang dalam SPM bagi pengambilan guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan, dikhuatiri akan berlaku ketidakseimbangan kadar guru dan anak murid di sekolah-sekolah kerajaan kerana terlalu memburu kualiti, sedangkan graduan pendidikan sekarang masih ada yang menganggur atas isu penempatan (posting) yang lembab," katanya.


Mahani yang juga Ketua Biro Strategi, Dasar & Latihan Wanita KEADILAN Pahang, merujuk kepada kajian oleh aktivis pendidikan yang menjadi isu kini, mengatakan 70% guru mempunyai kelulusan tidak lebih dari 3A dalam SPM, dan saranan dibuat supaya lebih ramai pelajar mendapat 7A dalam SPM mengikuti kursus perguruan serta menjadikan bidang perguruan sebagai profession pilihan bukannya pilihan terakhir.


Menurut beliau lagi, bukan semua pelajar cemerlang minat bekerja sebagai guru. Sebaliknya sebagai jalan penyelesaian, kaedah latihan perguruan perlulah diperbaiki untuk meningkatkan kualiti.


Katanya, peranan Maktab Perguruan yang dinaiktaraf sebagai Institusi Pendidikan Guru dan beberapa Universiti Tempatan dan Swasta yang menawarkan Kursus Perguruan sudah lengkap memainkan peranan untuk menghasilkan guru terlatih.


Manakala awal 1990an pula graduan lepasan kursus profesional seperti Kejuruteraan dan Akauntan turut beralih ke bidang perguruan selepas diterima mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Hal itu menurut Mahani sudah cukup dalam menghasilkan guru-guru cuma kaedah atau metadologi latihan yang perlu dipertingkatkan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page