top of page

Bukan Islam tunggu Anwar untuk bersalaman di luar masjid



Kunjungan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Masjid Ashabus Salihin Taman Rakan, Sungai Long, Kajang malam tadi cukup bermakna apabila ratusan rakyat bukan Islam berbaris panjang menunggu beliau untuk bersalaman di luar pagar.


Pada satu peringkat sebaik usai majlis jamuan kesyukuran, Anwar terpaksa memanjat pagar masjid dan berpegang di jeriji besi pagar untuk melambai kepada rakyat bukan Islam. Kemudian beliau keluar dan menyalami mereka semua sebelum pulang.


Ratusan bukan Islam menunggu di luar masjid untuk bertemu Anwar

Dalam pada itu, pada sidang media ringkas di dalam masjid berkenaan Anwar menegaskan beliau tidak akan membazir sebagai PM ke 10.


Bermula dengan berjimat di pejabat PM, beliau tidak akan melakukan renovasi atau membeli perabot baharu seperti tradisi PM sebelumnya.


"Mereka sebut umpamanya karpet (di JPM) tu ada yang pecah. Saya kata tak apa, repair sikit-sikit cukup. Jangan beli yang baru.


"Jadi ini sebagai mesej kepada semua pimpinan jabatan yang lain supaya ingat dalam keadaan sekarang kita patut mulakan budaya baru. Jangan gunakan wang kerajaan untuk kemudahan kita.

ADS


"Fikirkan ini boleh jimat RM100, RM1000, RM10,000 itu boleh dipulangkan kepada rakyat yang susah. Saya mulakan dari situ selain tidak ambil gaji,” katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page