top of page

Buka peluang pekerja asing di sektor kritikal hanya sementara - Anwar



Polisi membuka pengambilan pekerja dari kalangan pendatang asing sedia ada di Malaysia untuk diserap ke dalam sektor kritikal hanyalah untuk sementara.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut terpaksa beliau lalukan bagi mengelakkan sektor industri dan peladangan mengalami kerugian besar pada ketika ekonomi dunia beransur ansur pulih daripada pandemik Covid 19 dan permintaan tinggi untuk produk buatan Malaysia.


"Ladang, syarikat mengeluh kerana kurang pekerja. Ladang pengeluarannya terhambat, restoran ribuan ditutup, kita masih tunggu keputusan (kerajaan) kerana kita mesti cari pekerja tempatan. Majikan juga bertanggungjawab (mengambil pekerja tempatan)


"Namun ladang mesti dikerjakan, industri mesti pastikan produksi jalan, sebab itu sejak bulan lalu saya ambil keputusan menyatakan kita batalkan semua syarat pekerja asing yang tiada permit, daftarkan mereka, tanpa agen, tanpa kos tambahan.


"Mengapa seorang miskin di Jawa datang bekerja bayarannya (kepada agen) mesti RM20,000? Mengapa dari Bangladesh seorang pekerja gaji RM2,000 tetapi syarat kemasukan mesti RM20,000? Mengapa kita tidak ada upaya pertahan hak pekerja, menghalang bentuk penindasan ke atas mereka? Saya tahu keputusan itu dibantah segelintir golongan kaya. Kita kena ambil keputusuan dan tanpa kos yang tinggi serta tidak menunggu lama, sekarang hampir 200,000 pekerja didaftarkan tanpa wang rasuah atau menindas rakyat.


"Sekarang kesatuan sekerja luahkan pandangan, jangan program ini menghambat peluang kerja anak tempatan. Saya beritahu peluang awal ini terpaksa dilakukan kerana ladang kelapa sawit rugi berbilion setahun kerana kurang pekerja," kata Anwar dalam ucapannya di majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya pagi tadi.


Menyifatkan keputusan membenarkan pekerja asing itu sukar dan sekiranya mempunyai peluang beliau mahu memaksa syarikat mengambil anak tempatan, Anwar berkata, pihak syarikat juga seharusnya menghargai pengorbanan tersebut.


Katanya selepas perniagaan mereka kembali pulih dengan keputusan berkenaan, maka seharusnya pihak syarikat melihat untuk meningkatkan gaji dan faedah kepada pekerja tempatan.


Bagaimanapun bagi penyelesaian jangka panjang, kata Anwar, kerajaan akan mengutamakan aspek mekanisasi dalam pekerjaan di sektor kritikal iaitu teknologi yang boleh membantu produksi misalnya penggunaan dron di ladang atau pun lebih banyak mesin berteknologi tinggi bagi mengurangkan penggunaan tenaga manusia.


"Baru ini saya mohon laporan dari syarikat (peladangan) kerajaan, saya tertarik laporan PNB untuk kelapa sawit. Anak Melayu (dikatakan) tak mahu kerja kelapa sawit.


"Saya syorkan dia (percubaan) terkait dengan mekanisasi. Percubaan baru dengan 350 pekerja yang tetap hanya 2 pekerja mengundur diri kerana sakit dan yang lain kekal. Anak Melayu dengan upah RM2,800, RM3,000 kerana ditingkatkan mekanisasi dalam bidang perladangan (mereka kekal bekerja). Saya harap dalam hal ini kalau perlu kerajaan tambah (bantu peruntukan) mekanisasi saya tidak ada halangan.


"Pengambilan pekerja asing terlalu ramai ini (polisi) sementara. Tiada negara pertahan dasar ini. Apatah lagi dia akan mengekalkan kita dalam perangkap (lingkungan) pendapatan pertengahan (middle income trap)," katanya dipetik Astro Awani.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page