top of page

BUDI95: Subsidi terarah, disalur kepada rakyat memerlukan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 23
  • 1 min read
Subsidi petrol RON95 kepada warganegara Malaysia sahaja akan menjimatkan kewangan negara
Subsidi petrol RON95 kepada warganegara Malaysia sahaja akan menjimatkan kewangan negara

Oleh: Akmal Manaf


Subsidi petrol RON95 di bawah program Budi MADANI RON95 (BUDI95) yang akan mula dinikmati pada 30 September ini bukan sahaja mencerminkan prinsip ‘Rakyat Didahulukan', malah menggambarkan wawasan untuk membina Malaysia yang lebih adil, berdaya tahan dan berdaya saing.


Bagi Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, reformasi itu menandakan era baharu dalam pengurusan fiskal Malaysia iaitu beralih daripada pendekatan subsidi secara umum kepada subsidi yang lebih terarah dan berkesan.


"Kerajaan Perpaduan menyeru semua pihak untuk memahami dan menyokong reformasi ini yang merupakan sebahagian daripada usaha kolektif untuk merealisasikan visi ‘Malaysia MADANI’, demi memastikan setiap ringgit negara digunakan secara paling optimum untuk manfaat seluruh rakyat.


"Inisiatif (subsidi bersasar) ini merupakan langkah reformasi penting demi memastikan sumber negara disalurkan kepada golongan yang paling memerlukan melalui mekanisme subsidi bersasar yang cekap," katanya menerusi satu kenyataan.


Di bawah mekanisme baharu itu, rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas dan memiliki lesen memandu akan layak menerima subsidi petrol RON95 sebanyak 300 liter sebulan dengan hanya menggunakan MyKad.


Harga runcit RON95 akan dikekalkan pada RM1.99 seliter manakala subsidi bersasar diperkenalkan bertujuan meringankan beban kewangan isi rumah biasa, terutamanya bagi mereka yang bergantung kepada kenderaan untuk berulang-alik, mengambil dan menghantar anak, serta menjalankan urusan harian.


Dengan subsidi bersasar ini, kerajaan dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan negara antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun. Penjimatan itu akan diagihan sebagai bantuan berkala kepada rakyat golongan M40 dan B40 yang terkesan dengan kos sara hidup.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page