top of page

BUDI95: Pemegang lesen memandu no Kad Pengenalan lama perlu kemaskini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 1
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Pengangkutan (MOT) komited memastikan semua rakyat yang memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan aktif tidak akan tercicir daripada menerima manfaat BUDI MADANI RON95 (BUDI95).


Menurut MOT, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan (MOF) dalam penyediaan data lengkap pemegang LMM. Namun, semakan mendapati kira-kira 0.88 peratus daripada hampir17 juta penerima yang layak masih belum mengemaskini maklumat.


"Ada penerima yang layak masih belum mengemaskini data LMM kerana masih menggunakan nombor kad pengenalan lama atau Sijil Kelahiran.


"Sebahagian mereka dikesan menggunakan lesen memandu pasukan (ATM/PDRM) yang belum ditukar kepada LMM, atau terdapat kesilapan nombor kad pengenalan yang memerlukan semakan lanjut," kata kenyataan tersebut.


Sehubungan itu MOT menyeru individu yang berdepan isu kelayakan menerima inisiatif itu agar segera hadir ke pejabat JPJ untuk mengemaskini data.


Manakala pesara tentera dan polis yang masih menggunakan lesen memandu pasukan juga dinasihatkan supaya menukar kepada LMM bagi mengelakkan masalah kelayakan.


"Maklumat yang lengkap akan diserahkan kepada MOF dan disahkan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum dimasukkan ke dalam sistem BUDI95.


"Sekiranya tiada isu atau tanda amaran, maklumat tersebut akan terus dikemaskini dalam sistem BUDI95," jelas kenyataan tersebut.


Menerusi BUDI95, rakyat Malaysia akan menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter. Setiap rakyat Malaysia diberi kelayakan hingga 300 liter sebulan manakala bagi bukan warganegara pula, harga RON95 ditetapkan pada RM2.60 seliter tanpa subsidi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page