top of page

BUDI95 berjalan lancar, 16 juta rakyat nikmati subsidi tanpa masalah teknikal

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 1
  • 2 min read

Suasana di stesen minyak semalam tenang, normal, tanpa kecoh menggambarkan kejayaan inisiatif BUDI95
Suasana di stesen minyak semalam tenang, normal, tanpa kecoh menggambarkan kejayaan inisiatif BUDI95

Pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu aktif mulai semalam yang tidak menimbulkan sebarang kekecohan merupakan satu kejayaan besar kepada Kerajaan Madani.


Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin pelaksanaan subsidi petrol BUDI95 semalam adalah pengalaman yang 'unik' apabila 16 juta rakyat Malaysia menikmati harga baharu RM1.99 seliter tanpa sebarang gangguan atau masalah teknikal.


"Mengejutkan, semua lancar je, tanpa beratur panjang..," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Tze Tzin, pada awalnya beliau dan rakan-rakan wakil rakyat bimbang program kerajaan itu berdepan dengan pelbagai masalah.


Sim Tze Tzin
Sim Tze Tzin

Memandangkan sebelum ini, kata Pengarah Strategi KEADILAN itu terdapat 'keributan' dalam menuntut baucar SARA RM100 pada hari pertama dilaksanakan.


"Kami jangka server down. Kami jangka berbaris panjang di stesen minyak.


"Oleh sebab itu, kami telah banyak memberi ‘worst case scenario’ kepada Kementerian Kewangan. Kami risau worst case scenario berlaku dan menjadi senjata politik pembangkang. Niat baik Kerajaan MADANI menjadi sia-sia," jelasnya.


Namun, katanya lagi, pelaksanaan berjalan lancar kerana banyak persiapan dilakukan di belakang tabir oleh pasukan dari Kementerian Kewangan (MOF) dan beberapa agensi kerajaan lain.


"Sistem berjalan seperti biasa kerana banyak kerja telah dibuat di belakang tadbir. Scenario planning. Testing demi testing. Roll out di beribu-ribu stesen minyak seluruh negara sehingga pendalam Sabah, Sarawak. Ini semua bukan perkara senang. Kita jangan ‘take it for granted’," ujar beliau.


Tze Tzin yang juga Ahli Friends of MOF (FOM) turut memuji peranan Kementerian Kewangan, Perdana Menteri serta pasukan pelaksana di peringkat kementerian.


"Saya rasa Kementerian Kewangan harus dipuji. Tahniah kepada PMX kerana meletakkan dasar yang betul.


"Tahniah kepada Menteri Kewangan II yang bertungkus lumus melaksanakan dasar. Tahniah kepada KSP dan Team MOF yang melaksanakan semua roll out yang begitu efficient," katanya.


Beliau berharap rakyat yang menikmati subsidi minyak ini menggunakan dengan penuh tanggungjawab.


"Saya harap rakyat yang menikmati subsidi minyak ini menggunakan dengan bertanggungjawab tanpa pembaziran kerana petrol ini adalah khazanah negara," tegasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page