top of page

BUDI95: ATM, PDRM hargai inisiatif ringan beban anggota keselamatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 28
  • 1 min read

Anggota tentera dan polis mula menerima inisiatif Budi Madani RON95 sejak semalam
Anggota tentera dan polis mula menerima inisiatif Budi Madani RON95 sejak semalam

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan penghargaan kepada kerajaan MADANI atas pelaksanaan inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON 95 (BUDI95).


Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, menyifatkan Inisiatif BUDI95 sebagai tanda keprihatinan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kebajikan rakyat termasuk anggota keselamatan.


Selain meringankan kos sara hidup rakyat, inisiatif itu juga dianggap pengiktirafan kepada pengorbanan anggota keselamatan yang berkhidmat menjaga keamanan dan kestabilan negara.


"Kami amat berbesar hati serta berterima kasih kepada kerajaan dengan inisiatif ini dan berharap usaha ini dapat diteruskan demi kesejahteraan pasukan keselamatan negara," katanya dipetik di Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 203/2025 di Port Dickson pada Sabtu.


Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan sistem subsidi bersasar petrol RON95 yang diberikan secara berperingkat kepada rakyat.


Melalui inisiatif itu, warganegara layak boleh menikmati sehingga 300 liter petrol RON95 sebulan pada kadar harga subsidi RM1.99 seliter.


Pada Sabtu, kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis menjadi kumpulan pertama menikmati inisiatif tersebut, manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan golongan B40 pula mula menikmati inisiatif sama mulai hari ini.


Seramai 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif pula akan menikmati inisiatif itu bermula Selasa ini.


Sementara itu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail turut merakamkan penghargaan atas inisiatif yang turut dianggap sebagai bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan negara.


PDRM jelasnya yakin langkah itu dapat memberi nilai tambah kepada keberkesanan operasi serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi keselamatan demi kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page