top of page

Budi Madani RON95 bantu usahawan mikrokredit kurangkan kos operasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 28
  • 1 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Program subsidi bersasar Budi Madani RON95 disifatkan sebagai langkah tepat kerajaan dalam membantu usahawan kecil dan sederhana, khususnya golongan B40 dan M40 yang bergantung kepada pengangkutan persendirian untuk menjalankan perniagaan.


Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (gambar) berkata, kebanyakan usahawan TEKUN berada dalam kategori mikro dan sederhana maka subsidi petrol yang disediakan kerajaan amat meringankan beban mereka.


"Usahawan kecil ini menggunakan kenderaan sendiri untuk pergi pasar, beli barang dan urusan perniagaan harian. Dengan had 300 liter sebulan, ia memang mencukupi untuk kereta bersaiz sederhana seperti enjin 1.5 atau 2.0 liter.


"Harga pasaran petrol kini mencecah sekitar RM2.60 seliter, namun dengan inisiatif Budi Madani, rakyat dapat menikmati harga lebih rendah dan disasarkan kepada pengguna sebenar.


"Kalau perusahaan besar, mereka guna ratusan ribu liter, sudah tentu tidak layak. Tetapi bagi individu dan perniagaan kecil, subsidi ini sangat membantu.


"Malah, pandangan kononnya ia boleh disalahgunakan adalah tidak bertamadun dan tidak proaktif," kata Abdullah kepada Suara Keadilan.


Tambah beliau, pelaksanaan ini menunjukkan keberanian kerajaan mengutamakan kesejahteraan rakyat, dengan memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan, khususnya B40 dan M40 yang menjadi tulang belakang ekonomi melalui perniagaan kecil.


Beliau menegaskan, langkah kerajaan itu membuktikan keprihatinan terhadap kumpulan rentan yang memerlukan sokongan berterusan bagi mengekalkan daya saing.


"Subsidi bersasar ini bukan sahaja mengurangkan beban kos sara hidup, tetapi juga menyokong pertumbuhan ekonomi melalui keberdayaan usahawan kecil," ujarnya.


Tambah Abdullah, penjimatan hasil daripada pelaksanaan subsidi bersasar ini boleh digunakan kerajaan untuk sektor penting lain seperti pendidikan, kesihatan, jalan raya dan kemudahan awam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page