top of page

Budaya toksik media sosial punca jiwa generasi muda rosak - AMK Gombak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Budaya yang kononnya dianggap sebagai hiburan di media sosial sebenarnya racun halus yang menghakis nilai moral, empati dan keseimbangan emosi generasi muda.


Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Gombak, Hayee Zailani berkata, tragedi menyayat hati melibatkan pelajar yang dirogol dan ditikam baru-baru ini membuka mata masyarakat terhadap krisis lebih besar iaitu keruntuhan moral dan kesihatan mental dalam kalangan remaja, yang sebahagiannya berpunca daripada budaya media sosial yang dibentuk oleh orang dewasa sendiri.


"Anak-anak hari ini membesar dalam dunia yang dipenuhi paparan palsu dan toksik, kecenderungan menjadikan kemewahan, kekayaan dan rupa paras diangkat sebagai simbol kejayaan menyebabkan ramai remaja berasa rendah diri serta hilang jati diri.

Hayee Zailani
Hayee Zailani

"Dunia digital turut mencetuskan kekeliruan identiti dan tekanan sosial berpanjangan, apabila remaja berusaha meniru realiti palsu yang dipaparkan di media sosial hingga akhirnya terperangkap dalam krisis mental dan kehilangan kawalan diri," katanya menerusi satu kenyataan.


Hayee turut menegaskan, budaya media sosial yang menjadikan manusia bahan hiburan seperti ejekan dan “body shaming” juga semakin normal, seolah-olah perhatian lebih penting daripada maruah dan perasaan sesama insan.

Kehilangan sempadan privasi dan empati turut menjadi kebiasaan apabila pendedahan aib serta konflik peribadi di media sosial menghakis nilai malu dan hormat, menjadikan anak muda lebih keras hati serta tidak sensitif terhadap perasaan orang lain.


"Penyelesaian masalah ini tidak boleh bergantung kepada hukuman semata-mata, sebaliknya memerlukan tanggungjawab moral orang dewasa untuk menjadi contoh teladan yang matang sebagai ibu bapa, influencer mahupun pemimpin masyarakat.


"Jika dunia dewasa terus hilang arah dalam mempamerkan nilai, jangan terkejut apabila anak-anak membesar tanpa panduan untuk membezakan antara yang betul dan yang salah," tegasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page