Bubur durian eratkan ukhuwah Wanita KEADILAN Hulu Selangor
- Suara Keadilan

- Jul 26
- 1 min read

Wanita KEADILAN Hulu Selangor meneruskan komitmen membina komuniti penyayang dan bersatu hati melalui penganjuran Program Gotong-Royong “Setulus Kasih, Semanis Senyuman”.
Ketua Wanita Hulu Selangor, Wong Sheau Mei menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, program berlangsung di Dewan Hj Saad Latib, Felda Sungai Tengi pada Jumaat.
"Program menyaksikan wanita berganding bahu memasak bubur kacang hijau durian secara bergotong-royong, sebelum diagihkan kepada penduduk sekitar Sungai Tengi.
"Dengan adanya program seperti ini, kita bukan sahaja memperkukuh hubungan silaturrahim, malah menyemai nilai kasih sayang, semangat perpaduan dan kebersamaan dalam masyarakat," katanya.
Program turut disertai Timbalan Ketua Cabang Hulu Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad, serta barisan kepimpinan sayap wanita termasuk Puan Meqna Natrah, Timbalan Ketua Wanita Cabang dan Saudari Afzan selaku tuan rumah.
Sementara itu menurut Wong, gotong-royong dilaksanakan mencerminkan roh perjuangan KEADILAN yang berteraskan kebersamaan, perpaduan dan nilai masyarakat Madani.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota yang bertungkus-lumus menjayakan program tersebut.









Comments