top of page

‘Bola sepak mengharmonikan, bukan menyuramkan’ - AMK



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia hari ini mengecam jenayah serangan ke atas tiga pemain bola sepak negara yang berlaku baru-baru ini.


Menerusi satu kenyataan, Ketua Biro Sukan AMK, Aziz Shari berkata serangan berasingan terhadap atlet negara itu tidak sewajarnya berlaku kerana dibimbangi boleh menjejaskan persepsi buruk masyarakat terhadap sukan negara.


"Sukan adalah medium perpaduan yang kuat menyatukan bangsa Malaysia. Dengan sukan, tiada lagi dilihat ideologi, bangsa dan agama. Cukup anda ingin mengharumkan nama negara maka pelusuk anak bangsa akan menyokong anda.


"Jangan sampai kejadian ini menyebabkan sukan terutamanya bola sepak dianggap tidak selamat buat anak muda kita.


"Sukan sepatutnya mengharmonikan bukan menyuramkan kehidupan masyarakat di tanah pertiwi ini," katanya.


Dalam pada itu, sayap AMK mengingatkan masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian berhubung insiden menimpa tiga pemain bola sepak negara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"AMK berharap kejadian seperti ini tidak berlaku lagi dan pesalah dikenakan tindakan yang sewajarnya.


"Bersama kita berdoa agar atlet kita kembali pulih dan beraksi kembali di arena nasional dan antarabangsa. Sukan perpaduan kita, majulah sukan untuk Malaysia," ujarnya lagi.


Terdahulu, insiden menimpa pemain bola sepak negara bermula dengan serangan samun di Kuala Terengganu ke atas pemain pasukan Terengganu FC (TFC), Akhyar pada 2 Mei mengakibatkan beliau cedera di kepala, kaki kiri dan lengan dan mengalami kerugian RM5,000.


Ia disusuli pada 5 Mei dengan serangan disimbah asid kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pasar raya di Kota Damansara.


Faisal disahkan melecur tahap empat di beberapa bahagian tubuhnya dan kini mendapat rawatan di sebuah hospital di Shah Alam.


Terkini, pada 7 Mei, pemain Johor Darul Ta’zim Safiq Rahim menjadi individu terbaru sasaran serangan jenayah apabila keretanya dipecahkan dengan tukul besi oleh suspek yang tidak dikenali berhampiran pusat latihan di Pusat Latihan JDT Sri Gelam di Johor Bahru.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page