top of page

Bola sepak ‘ejen’ penyatuan, RTM siar perlawanan Liga Malaysia 2023



Sukan bola sepak di negara ini mampu menjadi ‘ejen’ bagi penyatuan rakyat serta membangkit semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil.


Berucap pada Majlis Pelancaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Rakan Penyiar Liga Super 2023 di Wisma TV, Angkasapuri semalam, Fahmi berkata semangat perpaduan sedia ada di dalam jiwa masyarakat di negara ini melalui sukan bola sepak perlu diperkukuh dan diperkasakan agar masyarakat mampu menghadapi sebarang ujian secara bersama di masa akan datang.


"Tidak dapat dinafikan sukan sememangnya memainkan peranan penting dalam menyatukan rakyat kerana itulah bola sepak dianggap sebagai “the beautiful game” dan merupakan sukan bersifat universal.


"Menang atau kalah bukan isunya kerana yang penting ialah semangat menyokong pasukan negara sehingga wisel penamat.


"Semangat perpaduan perlu diperkukuh dan diperkasa supaya segala ujian yang mendatang buat negara tercinta, dapat kita harungi bersama," katanya.


Untuk itu menurut Fahmi, RTM akan menyiarkan 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 secara langsung buat para peminat sukan bola sepak tanah air termasuk 53 perlawanan terbabit adalah melibatkan saingan Liga Super.


Siaran secara langsung dan percuma itu boleh diikuti di saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik


"Kejohanan Liga Malaysia 2023 akan bermula dengan perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah) yang dikira sebagai perlawanan pertama Liga Super musim 2023 yang menyaksikan pertemuan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC pada 24 Febuari 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.


"Manakala saingan Piala FA pula akan membuka tirai perlawanan pertamanya pada 18 Mac dan berakhir pada 22 Julai 2023 dan akan disusuli Piala Malaysia 2023 pula bermula 3 Ogos hingga pada 9 Disember 2023," kata Fahmi.


Hasrat itu katanya bagi memberi kepuasan kepada peminat bola sepak melalui siaran berdefinasi tinggi serta mengiatkan penglibatan RTM dalam penerbitan rancangan sukan di peringkat domestik yang sejajar dengan misi dan visi RTM.


"Di sebalik semua ini, hasrat paling utama ialah untuk membudayakan sukan dalam kalangan rakyat dan menjadi landasan perpaduan Malaysia Madani," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page