top of page

Bob Monolan fokus usaha kukuh sokongan bandar ke desa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 21
  • 2 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


KEADILAN perlu menjadi sebuah parti politik inklusif yang benar-benar mencerminkan suara rakyat dari pelbagai latar belakang termasuk di kawasan luar bandar.


Calon Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Senator Bob Manolan Mohamad berkata, ketika ini sokongan kepada KEADILAN dilihat lebih tertumpu di kawasan-kawasan bandar dan beliau berhasrat melaksana usaha untuk mengukuhkan sokongan masyarakat luar bandar sekiranya dipilih pada Pemilihan KEADILAN kali ini.


"Memang parti kita dilihat aktif di kawasan-kawasan bandar walaupun sekarang sokongan di luar bandar semakin meningkat.


"Dalam berhadapan pilihan raya akan datang, saya fikir kita mesti menyentuh pengundi-pengundi di luar bandar terutama kawasan felda dan juga di perkamungan Orang Asli.


"Sekiranya dipilih, fokus utama saya sudah tentu untuk memperkukuh dan menyemarakkan sokongan rakyat terhadap KEADILAN, merentas bandar dan luar bandar, dengan pendekatan yang dekat dengan rakyat," katanya menerusi satu rakaman video.


Mengangkat slogan "Tiada sesiapa yang tercicir", Bob Monolan bukanlah nama asing apabila dilantik sebagai Pengerusi Biro Orang Asli KEADILAN.


Beliau yang juga Ahli Dewan Negara merupakan salah seorang penggerak utama yang memperjuangkan hak dan kebajikan masyarakat asli di Semenanjung Malaysia.


Ketua Cabang KEADILAN Bera, Pahang itu juga sering terlibat dalam pelbagai usaha mendekatkan suara masyarakat pedalaman dengan arus perdana politik nasional.


Sementara itu menurut Bob Monalan, selain menarik lebih banyak sokongan masyarakat luar bandar kepada KEADILAN, beberapa langkah strategik juga bakal diusahakan sekiranya dipilih sebagai Ahli MPP.


Ia antaranya mencadangkan agar mesyuarat MPP diadakan di kawasan-kawasan parlimen tumpuan menjelang PRU16 dan pada masa yang sama mengadakan program bersama rakyat dan anggota parti.


Mewujudkan semula Biro Felda bagi memastikan isu-isu dihadapi peneroka dan generasi peneroka felda diambil perhatian dan memastikan peranan Biro Orang Asli/Asal dikekalkan supaya terus menjadi simbol komitmen KEADILAN terhadap semua lapisan masyarakat.


"Saya dengan rendah hati memohon para perwakilan seluruh negara untuk memilih saya dalam salah seorang 20 Majlis Pimpinan Pusat (MPP) 2025-2028," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page