top of page

BN tolak politik gugatan, mahu semua pihak bangunkan negara



Komponen utama Kerajaan Perpaduan, parti Barisan Nasional (BN) hari ini menegur ahli politik tertentu yang mengaitkan Ahli Parlimen gabungan berkenaan ke dalam komplot cuba menggulingkan kerajaan.


Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, spekulasi berlebihan yang dimainkan jelas menunjukkan ahli politik pembangkang telah hilang pedoman dan mahu melihat negara terus kucar kacir serta kerajaan bertukar silih berganti.


Sedangkan BN, katanya, tetap bersama Kerajaan Perpaduan bagi menjalankan mandat rakyat mentadbir negara.


"BN tetap bersama dengan aspirasi rakyat untuk melihat sebuah negara yang aman dan stabil, dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang disepakati oleh semua parti yang membentuk kerajaan atas asas Kerajaan Perpaduan seperti yang dihasratkan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan


Menurut Zambry lagi, negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk melaksanakan agenda pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.


"Malaysia perlu muncul semula di pentas antarabangsa bagi membina keyakinan pelabur dan masyarakat antarabangsa. Justeru itu, asas kestabilan perlu dipertahankan oleh segenap lapisan rakyat," katanya.


Oleh itu, beliau mengulangi kesetiaan BN terhadap Kerajaan Perpaduan yang dibentuk sejak November 2022 lalu.


"BN ingin mengulangi penegasan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.


Baru baru ini beberapa pemimpin PN mendakwa 10 Ahli Parlimen BN yang menyokong gabungan itu selepas keputusan PRU 15 lalu akan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil, dan selepas memenanginya akan bergabung mencukupkan bilang bersama PN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page