
Isu semberono yang ditimbulkan di peringkat akar umbi oleh gabungan BN atau PN melambangkan musuh politik Pakatan Harapan (PH) seakan akan kekurangan modal untuk masuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Kapten (B) Zulkifli Othman, kempen BN - PN ketika ini lebih banyak berkisar fitnah dan tohmahan melulu yang perlu dijawab secara berfakta oleh penyokong PH, terutama di kampung kampung Melayu yang mana pengundinya masih belum sedar isu berkenaan tidak laku di kalangan pengundi bandar.

"Musuh PH sering bawa isu manifesto PRU 14 kita gagal. Isu pemberian e-wallet RM30 masih lagi ditimbulkan.
"Ini bukan tunjukan kerajaan PH kedekut tetapi PH ketika itu tampilkan aplikasi baru kepada peniaga, dari jual goreng pisang sehinggalah yang berniaga online. Sehingg hari ini e-wallet telah jadi fenomena dalam jual beli. Kalau PH tak kenalkan teknologi itu orang tak tahu transaksi online.
"Janji tol dimansuhkan juga ditimbulkan. PH tak janji mansuhkan tol tetapi diskaun tol. Kita lakukan di lebuh raya PLUS, kurangkan 18%. Hingga hari ini kadar itu kekal. Ini kejayaan PH," katanya yang telah pergi ke beberapa negeri di sebelah Utara Semenanjung dan mendapati isu berkenaan popular dalam kalangan pengundi Melayu luar bandar.
Mengenai isu pinjaman PTPTN pula, Zulkifli berkata isu berkenaan sengaja ditanamkan dalam kalangan generasi muda.
Katanya, PH tidak berjanji untuk melupuskan hutang pinjaman PTPTN, hal itu hanya ada dalam manisfeto Pas sebelum PRU 14 namun tidak dilakukan mereka setelah menjadi kerajaan.
"Isu PTPTN orang kata janji PH nak hapus tetapi tak buat. Manifesto kita tak pernah cakap hapus. Kita tawar mereka yang berhutang tak dituntut bayaran selagi tak dapat gaji RM 4000
"Begitu juga harga minyak. Rakyat tak sedar harga RON 95 dari zaman PH hingga sekarang RM2.05 seliter tak berubah, siapa yang buat? BN atau PN," katanya lagi.
Zulkifli yang aktif berkempen bagi pihak veteran tentera untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan anggota mahu jentera kempen PH lebih progresif dalam menjawab tohmahan BN dan PN.
Beliau juga kesal kerana sayap pemuda PH tidak agreasif menjawab fitnah, atau mengilhamkan sebarang program yang boleh menarik minat golongan Undi 18 menyokong PH.