
Pakatan Harapan (PH) dan BN dilaporkan mencapai persetujuan membentuk kerajaan negeri bagi Perak dan Pahang hari ini.
Dalam pertemuan pemimpin tertinggi PH - BN di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur yang menghimpunkan semua pemimpin tertinggi komponen PH dan BN, sebagaimana dilapor Malaysia Dateline, kedua dua negeri yang masih tergantung tersebut diputuskan akan membentuk kerajaan hari ini.
PH menang 24 kerusi DUN di Perak manakala BN memperoleh 9 kerusi pada PRU baru-baru ini. Perikatan Nasional pula menang 26 kerusi daripada jumlah keseluruhan 59 kerusi DUN.
PH dan BN yang bergabung akan membentuk majoriti dua per tiga di Perak
Di Pahang pula, BN mempunyai 16 kerusi, PH (8) manakala PN (17).
Setelah kerjasama PH dan BN mendapat 24 kerusi dari 41 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Pahang. Gabungan ini membentuk majoriti mudah.
Bagaimanapun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan daripada kedua dua belah pihak mengenai hal berkenaan.
Dalam pada itu, menurut laporan Sinar Harian, Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Howard Lee Chuan How dilihat memasuki Bangunan Umno Perak pagi ini.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu difahamkan bertemu dengan pimpinan tertinggi BN Perak termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Manakala perkembangan di Pahang masih belum diketahui sehingga ini.