top of page

BN 'menang tipis' undian MTD tidak mewajarkan PRN hadapi risiko Covid 19



Hujah Pemuda Umno Johor sebagaimana dimuat di dalam media mereka, kononnya akibat Kerajaan BN - PN menang tipis dalam undian menentukan Pembangkang dilibatkan sebagai wakil dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) merupakan punca Dewan Undangan Negeri (DUN) terpaksa dibubarkan amatlah dangkal.


Menurut Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, undian dalam menentukan JPTD tidak boleh menumbangkan kerajaan


Malah, kata AMK Johor, di peringkat Persekutuan boleh pula kerajaan BN menerima memorandum kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi mengelakkan situasi terburuk dan tidak pula dikatakan kerajaan BN 'hidup atas ehsan pembangkang'


"Rujukan telah dibuat secara khusus kepada “Rundingan Berkenaan Cadangan Membenarkan ADUN-ADUN Blok Pembangkang Untuk Mengambil Bahagian di Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, JTPD” yang dikemukakan oleh ADUN Jementah pada 28 November 2021 yang tidak dipersetujukan dengan 28 undi berbanding dengan 27 undi yang menyokongnya.


"AMK Johor kesal alasan tersebut telah dikemukakan oleh MB Johor dan diulangi oleh Pemuda Umno Johor. Alasan berkenaan sebagai dalih membubarkan DUN adalah fikiran yang tidak berasas sama sekali.


"Rundingan MTD suatu rundingan persedirian yang dibawa oleh ADUN Jementah, seorang ADUN blok Pembangkang.


"Berdasarkan adat kebiasaan sistem Westminster, jika pun rundingan sedemikian dipersetujukan, ianya adalah suatu perkara yang biasa dan tidak akan mengakibatkan tumbang sesebuah kerajaan," kata AMK Johor dalam kenyatannya.


Sebaliknya, kata AMK Johor lagi, jika Umno Johor berpendapat Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh ADUN Benut kurang stabil setelah pemergian bekas ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian, Umno Johor perlu menggerakkan Kerajaan Negeri berunding dengan blok Pembangkang bagi mencapai persefahaman politik yang matang, sama ada dalam bentuk perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) atau sebaliknya, dengan secepat mungkin.


"Rundingan persefahaman di antara Kerajaan Negeri dan blok Pembangkang di Johor bagi menstabilkan kedudukan Kerajaan Negeri bukanlah suatu perkara yang baru.


"Pada hujung 2020, hasil persefahaman yang dicapai di antara Kerajaan Negeri dan blok Pembangkang, persidangan DUN Johor telah dengan sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2021.


"Sekiranya MB Johor pada ketika itu boleh mengganggap ADUN-ADUN daripada blok Pembangkang sebagai ‘rakan strategik’, kami berpendapat tidak wujud apa-apa halangan untuk melakukan rundingan semula suatu persefahaman atas terma-terma yang baru, demi memastikan PRN Johor tidak diadakan sebelum PRU15," kata mereka.


Jelas, kata AMK, Umno sedar pembubaran DUN yang tidak serentak dengan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Negeri secara berasingan amat membazir.


Kata mereka, Umno tidak menghiraukan kos RM150 juta wang dihanguskan untuk pilihan raya dan risiko meluasnya jangkitan Covid 19 semata mata mencuba mencatur untuk menang 2/3 kerusi DUN Johor.


"AMK Johor menzahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan Pemuda Umno Johor yang merampas “demokrasi” bagi menyembunyikan ketamakan Umno Johor terhadap kuasa.


"Sehubungan itu, AMK Johor menyeru pengundi-pengundi membuat keputusan bijak bagi memastikan Johor tidak ditadbir oleh parti-parti politik atau pemimpin-pemimpin politik yang terbukti sanggup menyusahkan rakyat demi kepentingan peribadi mereka sendiri," kata kenyataan itu lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page