top of page

BN berisiko besar jika terus kerjasama dengan PN - Azan Ismail

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan tekanan untuk memutuskan kerjasama politik bagi menghadapi beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN negeri Terengganu, Datuk Azan Ismail (gambar) berkata, BN bakal berdepan risiko pada PRN Melaka dan PRN Sarawak yang dijangka diadakan penghujung tahun ini sekiranya terus menjalin kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).


Sebaliknya menurut Azan, Pakatan Harapan (PH) tidak berada dalam situasi tekanan kerana idea memilih parti untuk bekerjasama menghadapi PRN merupakan cetusan daripada BN dan PN.


"BN dan Umno bakal dilanda risiko besar jika tersilap membuat pilihan, mereka perlu meneliti pelbagai sudut sebelum memutuskan untuk berkerjasama.


"PH pula sebaliknya, berada dalam situasi tenang tanpa perlu memikirkan pilihan kerjasama yang berisiko," katanya dipetik laporan media.


Azan yang juga Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu ditemui pemberita pada program Briskwalk Semarak Kemerdekaan di Taman Awam Bukit Besar, Kuala Terengganu semalam.


Terdahulu, beliau diminta mengulas amanah diberikan untuk Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari memperincikan bentuk kerjasama pada PRN Melaka.


"PH berada dalam keadaan bersedia dan sedang menunggu keputusan BN terutama berkaitan dengan pilihan untuk bekerjasama," tambah mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page