top of page

Biro Politik OKU Keadilan Pusat kunjungi Johor



KEADILAN Johor baru baru ini dikunjungi oleh Biro Politik OKU KEADILAN Pusat bagi menubuhkan jawatankuasa Biro Politik OKU KEADILAN Johor.


Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang Simpang Renggam, Faizul Abdul Ghani yang turut menghadiri pertemuan itu, KEADILAN Johor telah menyempurnakan majlis kunjungan rasmi dan silaturahim Biro Politik OKU itu bersama pimpinan pimpinan negeri.


"Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, di bawah pimpinan Syed Ibrahim Syed Noh yang merupakan negeri pertama menerima kunjungan Biro Politik OKU KEADILAN Pusat


"Majlis dimulai dengan ucapan dari Shamala Vasudevan selaku Pengerusi Biro Politik OKU KEADILAN Johor, diikuti ucapan dari Isaiah Jacob, Pengerusi Biro Politik OKU Keadilan Pusat," katanya.


Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi MPN Johor, Jimmy Puah; Naib Pengerusi MPN Johor Gopalakrishnan, Saudara Naim Jusri (Setiausaha MPN Johor) Ketua-ketua Cabang, Ketua Wanita Cabang Kulai, Penyelaras DUN, AMK serta wakil-wakil Cabang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page