top of page

Biro Mahasiswa sokong langkah benar siswa kritik kerajaan



Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka ruang untuk mahasiswa memberi pandangan terbuka kepada pentadbiran kerajaan disambut baik.


Ketua Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Aliff Naif Mohd Fizam melalui satu kenyataan berkata, langkah itu merupakan usaha penting dalam mempromosikan demokrasi.


Mahasiswa jelasnya boleh memainkan peranan dalam mekanisme semak dan imbang dan wajar didengari dan dihormati tanpa terdedah kepada sebarang intimidasi dari pihak universiti atau autoriti.

"Mahasiswa perlu dilindungi dan didorong untuk bersuara tanpa sebarang rasa takut atau halangan.


"Sudah tamat era di mana mahasiswa dimomokkan dengan ugutan dari autoriti hanya kerana menyatakan pandangan yang kritikan dan bersifat melawan," kata kenyataan itu.


Anwar dalam satu program di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 11 Feb lalu berkata, kerajaan mahu KPT meninggalkan amalan lama yang telah lapuk.


Antara punca kegagalan ummah masa kini adalah kegagalan mendidik dan membina ummah yang memimpin sebaliknya kebanyakan masyarakat kini hanyalah mengikut dan tidak bersuara.


Justeru Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sudah diarah membuka ruang kepada pelajar dan kakitangan, memberi pandangan atau kritikan secara terbuka kepadanya atau kerajaan dengan syarat setiap teguran harus mempunyai merit dan berilmu serta tidak menghina mana-mana pihak.


"Sudah tentu, seperti yang ditekankan juga oleh Perdana Menteri bahawa kritikan itu perlu berasaskan fakta dan tidak didasari sifat perkauman yang melampau.


"Dengan kebebasan mengkritik, juga hadir tanggungjawab ke atas kenyataan yang dikeluarkan agar tidak melanggar prinsip hidup bermasyarakat majmuk dan madani di Malaysia," kata Aliff Naim dalam kenyataan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page