Bina empat lapangan terbang tindakan bijak ransang ekonomi - MP Miri
- Suara Keadilan

- 15 hours ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Langkah Kerajaan MADANI memperuntukkan RM2.3 bilion bagi pembangunan lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri yang dijangka siap menjelang 2028 disambut dengan maklum balas positif, sekaligus dilihat sebagai pemangkin baharu kepada pertumbuhan ekonomi dan mobiliti rakyat di negeri berkenaan.
Bagi Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, peruntukan yang diberikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan satu berita baik untuk rakyat di sana.
"Ini kerana setelah projek tersebut siap, ia bukan sahaja dapat memberikan keselesaan tapi juga mampu untuk menarik lebih banyak pesawat untuk ke Miri.
"Ini secara langsung akan merangsang ekonomi di kawasan tersebut. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan atas kelulusan tersebut," katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam sidang sama, Choon Man turut mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mencontohi sesetengah negara bagi memperkenalkan subsidi perkhidmatan kepada pesara bagi anggota polis dan tentera.
Katanya, ia merupakan satu kaedah dan simbol penghargaan kepada jasa golongan badan beruniform itu kepada negara.
"Umpamanya KTM Berhad telah menawarkan potongan harga bagi tambang perjalanan untuk perkhidmatan ETS kepada veteran tentera yang berpencen dan isteri," ujarnya.
PH menegaskan bahawa kestabilan Sabah bergantung kepada kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan, serta mandat jelas daripada rakyat untuk memilih wakil yang mampu membawa suara Sabah terus ke meja Perdana Menteri.









Comments